Gara-gara berniaga sarung kaki, penjawat awam dijatuhi hukuman denda RM8,000

Gara-gara berniaga sarung kaki, penjawat awam dijatuhi hukuman denda RM8,000. Gara-gara terlibat dalam perniagaan membekalkan sarung kaki bernilai RM44,500 tanpa kebenaran, seorang penjawat awam didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Suzana Murni Mansor, 53, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan, jika gagal membayar denda.

gara

Ketika memutuskan perkara itu, hakim Azura turut menasihati tertuduh agar insaf dan dapat memulakan kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“Anda patut bersyukur kerana diberi pertuduhan pilihan, tetapi sekarang anda kena tangguh perbuatan itu, sekali gus menjejaskan pekerjaan anda, sedangkan anda dah lama berkhidmat, rekod kerja juga cemerlang.

“Jadi, saya berharap anda mengambil peluang ini, mulakan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri dan keluarga,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pegawai badan awam iaitu pembantu tadbir di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, sebuah hospital universiti awam, terikat di sisi undang-undang sebagai penjawat awam supaya tidak mengambil bahagian dalam perniagaan.

Ia sebagaimana diperuntukkan di bawah Peraturan 4(1), Jadual Kedua, Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, telah mengambil bahagian dalam perniagaan iaitu sebagai pemilik Syarikat Fana Global Resources.

BACA JUGA : Tarikh luput 2 jenis vaksin ditambah hingga 6 bulan dari tarikh tertera di botol – KKM

Artikel ini disiarkan pada 16/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)