Gara-gara beri burung makan, warga emas kena denda RM17,000

Gara-gara beri burung makan, warga emas kena denda RM17,000

Gara-gara beri burung makan, warga emas kena denda RM17,000.Seorang nenek didenda sebanyak £3,000 (RM17,333) kerana menyebabkan kira-kira 100 ekor burung memenuhi sebuah kawasan kejiranan di Cardiff, Britain, sehingga mengganggu ketenteraman penduduk, lapor akhbar Daily Star semalam.

Irene Webber, 71, dilaporkan sering memberi makan kepada burung-burung sejak 20 tahun lalu sehingga menyebabkan haiwan itu memenuhi jalan dan kawasan kejiranan tersebut serta mengganggu kehidupan jiran-jirannya.

Tindakan wanita itu menyebabkan ada antara penduduk yang terpaksa memakai payung setiap kali keluar dari rumah kerana bimbang terkena najis burung.

Selain itu, burung-burung turut merosakkan harta benda dan memakan makanan penduduk.

“Keadaan ini memberi kesan kepada saya dan keluarga dengan masalah najis burung-burung tersebut, kotoran pada tingkap, kereta dan pakaian serta diri kami sendiri.

burung

“Kami juga tidak dapat makan di luar rumah atau mengadakan barbeku di taman kami sendiri kerana burung camar dan merpati memenuhi kawasan rumah,” kata seorang penduduk.

Sementara itu, seorang ahli majlis perbandaran, Kevin Marney berkata, hobi memberi makan kepada burung yang dilakukan Webber telah menyebabkan kehidupan jiran-jirannya menjadi derita dalam tempoh hampir 20 tahun.

“Dalam pada kita semua menikmati musim panas di halaman rumah, penduduk di situ tidak dapat keluar rumah dan beriadah,” katanya.

Webber didenda £3,000 (RM17,333) oleh Mahkamah Majistret Cardiff atas kesalahan melanggar notis perlindungan komuniti yang diwujudkan untuk menamatkan pemberian makanan kepada burung.

Berita Penuh  :https://www.kosmo.com.my/2021/08/24/nenek-didenda-rm17333-kerana-beri-makan-burung/

BACA: Harga ayam, telur pada Ogos cecah paras paling tinggi