Gantung lesen premis yang gagal tapis pelanggan tak lengkap vaksin

Polis

Gantung lesen premis yang gagal tapis pelanggan tak lengkap vaksin.Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan agar tindakan tegas dikenakan kepada premis yang didapati gagal mengawal kemasukan pelanggan yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaksinasi.

Timbalannya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ini kerana terdapat peniaga yang didapati bersikap sambil lewa dan membenarkan pelanggan tidak divaksin memasuki premis mereka.

Menurutnya, tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.

“Tindakan penguatkuasaan diperlukan untuk memastikan bahawa setiap premis yang ditetapkan perlu memastikan pelanggan melengkapi dua dos vaksin sebelum dibenarkan masuk. Jadi, kalau premis gagal untuk kawal, tindakan tegas perlu diambil.

 lesen

“Ini kerana, kadang-kadang penguat kuasa sukar untuk memantau memandangkan terlalu banyak premis beroerasi sehingga menyebabkan peniaga ambil mudah dan bersikap sambil lewa berkaitan isu ini. Apatah lagi mereka yang datang adalah pelanggan tetap walaupun pelanggan itu tidak divaksin.

“Ambil tindakan bagi mereka untuk dijadikan pengajaran sebab kita tidak mahu, disebabkan kegagalan dalam hal ini, kes semakin bertambah,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden Fomca, Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata, selain daripada peniaga, pelanggan juga perlu mematuhi arahan dikeluarkan oleh kerajaan terutamanya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelasnya, kerjasama antara pelanggan dan peniaga amat diperlukan bagi memastikan tiada penularan yang berlaku disebabkan kecuaian bersama.

“Kita kena ikut arahan yang dikeluarkan oleh KKM. Arahannya sudah jelas, apabila tidak lengkap dua dos maka anda tidak boleh masuk ke dalam permis.

“Jika kita tidak bersatu, tidak menolong sesama kita dan tidak bekerjasama, maka yang merana adalah kita bukan orang lain,” ujarnya.

Beliau berkata, MySejahtera merupakan satu aplikasi paling mudah disediakan untuk menyemak status vaksinasi pelanggan.

“Kalau masih ada yang tipu, ini menunjukkan mentaliti mereka rendah. Sekarang ini pandemik jangan rosakkan orang lain. Jangan bagi orang lain mati disebabkan kepentingan anda,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/164647/BERITA/Nasional/Gantung-lesen-premis-jika-gagal-kawal-pelanggan

BACA: Enam ditahan susulan penemuan mayat wanita tak berpakaian di kedai makan

COMMENTS

Wordpress (0)