Gangguan Seksual : Polis sahkan ambil keterangan pendakwah terkenal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kehadiran pendakwah terkenal di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Difahamkan, pendakwah terkenal terbabit hadir kira-kira 9.30 pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan difahamkan satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkara itu.

Pendakwah terkenal hadir di Bukit Aman hari ini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan polis dalam kes gangguan seksual.

Individu itu hadir dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux sekitar jam 8.59 pagi tadi.

Kenderaan itu berhenti di hadapan pondok polis di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia.

Kemudian seorang individu memakai kopiah putih dilihat turun daripada kenderaan tersebut.

Kehadirannya disambut oleh beberapa orang individu, dipercayai anggota polis berpakaian preman lalu mengepung penceramah itu sehingga wajah dia tidak dapat dilihat atau dirakam oleh media yang sudah menunggu sejak awal pagi.

Pendakwah yang mengenakan jubah biru itu kemudian dibawa masuk ke dalam pondok keselamatan untuk proses pengambilan pas pelawat dan seterusnya merakam keterangan oleh Bahagian D11 Bukit Aman pagi ini.

Para pengamal media dan jurukamera yang tiba berkumpul di bawah pokok di hadapan Bukit Aman juga tidak dapat merakam kemunculan individu itu dengan jelas disebabkan dihalang kenderaan yang melintas di hadapan, selain anggota polis yang menutup peluang dan ruang lensa kamera.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi pagi tadi untuk meminta pengesahan kehadiran pendakwah itu ke Bukit Aman tidak mahu mengulas lanjut.

“Sekejap lagi satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan, yang boleh sahkan kehadiran (pendakwah terkenal),” katanya.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan seorang pendakwah terkenal itu dipanggil untuk diambil keterangan hari ini.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/19/pendakwah-terkenal-hadir-ke-bukit-aman/

Baca Juga : Panas !!! Asyraf umum tolak sebarang jawatan dalam kerajaan baharu jika ditawar