Gambar makhluk asing dibedah kini dilelong RM4 juta

Gambar makhluk asing dibedah kini dilelong RM4 juta

Sekeping gambar hitam putih yang didakwa merupakan badan makhluk asing yang sedang terbaring di atas meja pemeriksaan dilelong dengan harga £700,000 (RM4 juta), lapor laman Daily Star kelmarin.

Makhluk asing itu kononnya ditangkap dari sebuah pesawat UFO yang terhempas di Roswell, New Mexico pada 1947 sebelum dibedah oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) secara rahsia.

Video berdurasi 17 minit itu pertama kali ditayangkan di AS pada 28 Ogos 1995 dengan tajuk ‘Alien Autopsy : Fact of Fiction‘.

Brit Ray Santili yang memperoleh imej tersebut daripada seorang jurugambar ketenteraan pada 1992 berkata, dia sudah hidup dengan cerita tentang eksperimen itu selama lebih 30 tahun.

“Ketika pertama kali melihat kertas siasatan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), pengesahan berkenaan insiden di Roswell dan filem Alien Autopsy, saya berasa lega, ibarat satu beban berat hilang daripada bahu saya.

“Saya percaya teknologi yang sedang kita nikmati ini bermula pada 1947 daripada insiden UFO terhempas di Roswell itu,” katanya.

Dalam gambar yang siap dibingkaikan, pemilik baharunya akan melihat imej kaki kanan alien itu yang luka, kepala botak besar dan perut makhluk asing yang bulat.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/05/31/gambar-bedah-siasat-alien-dilelong-rm4-juta/