Gaji pekerja tertunggak, pengusaha kedai makan di Kelantan ‘nyawa-nyawa ikan’

Gaji pekerja tertunggak, pengusaha kedai makan di Kelantan ‘nyawa-nyawa ikan’

Gaji pekerja tertunggak, pengusaha kedai makan di Kelantan ‘nyawa-nyawa ikan. Pengusaha restoran, kafe dan kedai makan di Kelantan merayu kerajaan benarkan pelanggan makan di premis mereka serta lanjutan waktu operasi.

Mereka sifatkan perniagaan kini nyawa-nyawa ikan, kerana operasi terhad menjejaskan pendapatan.

Mereka berharap kerajaan boleh memberi kelonggaran, namun dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi.

Menurut pemilik restoran, Farah Sharina Zamari ini bagi membolehkan mereka membayar bil dan gaji pekerja yang telah tertunggak.

“Saya merayu kerajaan meluluskan pelanggan makan di permis serta lanjutkan masa operasi sehingga 10 malam.

 kedai makan

“Sekurang-kurangnya kami akan dapat membayar bil, sewa serta gaji pekerja yang telah tertunggak. Kami sangat terkesan sehingga hari ini,” katanya.

Mereka mendakwa, sebahagian besar pengusaha kedai makan terutama yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan terpaksa gulung tikar.

Sementara bagi sebahagian pengusaha yang masih meneruskan operasi, mereka tiada pilihan lain dan terpaksa memotong gaji pekerja serta berdepan sewa kedai tertunggak.

Dianggarkan lebih 6,000 individu di Kelantan yang terlibat dalam operasi kedai makan, restoran dan kafe.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.

Menurut beliau, bantuan itu bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak RM4.6 billion.

Sejumlah RM300,000 juga diberikan kepada semua Ahli Parlimen bagi program Bantuan Bakul Makanan seperti yang diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mula disalurkan pada 1 Julai.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berhubung perkara ini memaklumkan peruntukan itu turut diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengusana-restoran-kafe-di-kelantan-di-tahap-nyawanyawa-ikan-306866

Jika Anda Terlepas : Dapat RM300 ribu, MP PH terus beli stok barang bantuan