Gagal urus sisa buangan, kilang kimia dikompaun RM10,000

Sebuah kilang kimia di Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Klang dekat sini dikompaun RM10,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor semalam ekoran kegagalan mematuhi beberapa peraturan berkaitan pengurusan buangan terjadual.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi, JAS memaklumkan kilang tersebut turut disiasat berhubung pelepasan air berwarna merah ke longkang awam yang ditemui semasa pemeriksaan JAS pada cuti hujung minggu.

“Sampel air buangan daripada proses kilang telah diambil untuk analisis kimia dan membolehkan tindakan penguatkuasaan lanjut diambil,” katanya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kilang-kimia-dikompaun-rm10000-gagal-urus-sisa-buangan-320894

BACA JUGA : Rupanya Pengarah JAKOA baharu adik Ahli Parlimen Umno

COMMENTS

Wordpress (0)