Gadis miliki payudara 8 kali ganda saiz biasa berang bila dilarang kecilkannya

Gadis miliki payudara 8 kali ganda saiz biasa berang bila dilarang kecilkannya

Gadis miliki payudara 8 kali ganda saiz biasa berang bila dilarang kecilkannya. Seorang gadis dari Britain yang ingin melakukan pembedahan mengecilkan payudara berang apabila permintaannya dihalang oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain, lapor akhbar New York Post, semalam.

Esme Clemson, 20, dilarang mengecilkan payudara bersaiz 32 JJ atas alasan umur dan dan berat badannya yang tidak diizinkan.

Gadis itu berkata, sebelum ini, dia mahu menjalani pembedahan itu kerana mengalami pelbagai masalah fizikal termasuk sakit belakang.

Saiz payudara Clemson didakwa adalah lapan saiz lebih besar daripada purata biasa gadis sebayanya.

gadis

Gadis itu mendakwa, dia sering digelar ‘payudara besar’ ketika berada di sekolah dan sehingga kini masih dibuli di jalan-jalan selain menerima pelbagai komen berbaur lucah mengenai bentuk badannya.

“Orang sering menjadikan payudara saya sebagai objek seks.

“Saya sering dipanggil ‘payudara besar’ dan perkataan-perkataan jijik seperti itu. Ia agak menyakitkan hati,” ujarnya.

Disebabkan itu, pada tahun 2018, Clemson meminta untuk mengecilkan saiz payudaranya namun dihalang atas faktor berat badan dan umurnya.

“Ini (payudara besar) bukan satu kelebihan,” ujarnya.

Buat masa ini, Clemson memohon sumbangan dana daripada orang ramai untuk melakukan pembedahan mengecilkan payudaranya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/01/gadis-berang-permintaan-kecilkan-payudara-ditolak/

BACA: Panas !!! Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap?, Ini penjelasan Polis