Gadis cantik selamba pakai skirt pendek bawa Yamaha R15 pusing KL. BUKAN biasa-biasa!
Begitulah kisah mengenai seorang gadis yang gemar menunggang motosikal sehingga video-video miliknya tular di media sosial.
Dikenali sebagai Yim Ahmeng, 22, gadis dari Kuala Lumpur itu meminati dunia permotoran sejak kecil lagi sehingga ia turut menjadi sebahagian daripada kerjayanya hari ini.
“Saya minat motor sejak kecil lagi sebab ayah dan mak pun ‘main’ motor. Sampai satu tahap saya rasa nak bawa motor besar ke sekolah. Saya belajar bawa motor curi-curi tanpa pengetahuan ayah ketika tingkatan tiga.
“Kemudian masa umur 18, saya tak sambung belajar tapi saya terus kerja. Dalam tiga ke empat bulan simpan duit, saya terus beli motor Ysuku. Masa Januari tahun lepas, saya beli pula sport bike model Yamaha R15 V3.
“Kini, saya bekerja di kedai motor. Sebab tu juga saya banyak kongsi video mengenai motor. Pada masa sama, saya juga dealer topi keledar,” ujarnya kepada mStar.
Yim akui dia minat motosikal sejak zaman sekolah lagi.
Sepanjang pembabitannya dalam dunia permotoran, dia yang senang disapa Yim turut berdepan beberapa kejadian mal4ng, namun hatinya tetap kental untuk meneruskan hobi berkenan.
“Saya pernah alami kem4langan ketika layan corner di Kuala Kelawang, Negeri Sembilan. Ceder4 tervk darpada parasi pinggang sampai kaki. Walaupun kem4langan, saya tak takut tapi jadi lagi berani.
“Sebelum ini saya juga pernah beberapa kali kem4langan dan kena langg4r. Tapi setakat ini tak pernah alami keced3raan sampai patah tulang,” ujar Yim sambil menambah dia kini sedang berusaha untuk memiliki motosikal Ducati Panigale V4 yang diidam-idamkannya.
Bila orang tegur mengenai pakaian, saya tak nak lawan sebaliknya kena terima teguran.
YIM AHMENG
Menurut Yim, dia juga seronok meluncur laju di atas jalan raya yang mana detik mencabar adrenalin itu dianggap sebagai terapi buatnya bagi menghilangkan tekanan perasaan.
Dedah Yim, dia sebelum ini terp4ksa melupakan hobi itu seketika kerana tidak mendapat sokongan bekas teman lelaki, namun kini kembali aktif selepas kecundang dalam percintaan.
“Saya bawa motor laju sebab nak kurangkan stres. Apabila laju, jadi lupa masalah sekejap. Dulu bekas teman lelaki tak support saya main motor. Setahun saya tinggalkan hobi ni.
“Apabila dah single, saya mula balik main motor. Saya biasanya akan ride dengan perempuan secara berkumpulan,” ujarnya yang memiliki lebih 100,000 pengikut di laman TikTok.
Dalam pada itu, salah satu video di TikTok, memaparkan Yim menunggang motosikal sambil memakai dress singkat di kawasan Bukit Bintang turut mengundang teguran segelintir netizen.
Kata Yim, dia enggan melatah sebaliknya melihat segala teguran dari sudut positif untuk memperbaiki dirinya pada masa akan datang.
Tangkap layar video yang tular di TikTok.
@_yimmkalau nampak , jangan tegur . ada hati yang perlu sy jaga 🤪
“Ada yang tegur pakaian saya. Sebenarnya ketika itu saya pergi ambil barang, tak tahu ada orang shoot video saya. Ianya dirakam secara spontan. Selepas dapat video, saya kongsi di TikTok saya.
“Pada saya, apabila orang tegur mengenai pakaian, saya tak nak lawan sebaliknya saya kena terima teguran. Betul apa yang mereka tegur. Kalau kemalangan, memang rislko kepada saya sebab pakai begitu. Saya sedar kesalahan saya.
“Pada masa sama, ramai yang beri komen sokongan kepada saya. Terima kasih kepada mereka yang ambil kisah mengenai saya. Tegur dengan cara baik, bukan dengan cara h1na atau jatuhkan maruah saya,” ujarnya positif.
Motosikal kesayangan gadis itu.
Penangan video tular turut membuka pintu rezeki sehingga ada yang hadir ke kedai tempat Yim bekerja untuk membeli motosikal.
Malah kata Yim, ramai kaum Hawa turut meluahkan hasrat mereka untuk memiliki motosikal model yang sama dengannya.
“Content video ini saya buat suka-suka je, kemudian tiba-tiba viral. Saya juga tak ada niat nak buat marketing, tapi saya anggap ia macam rezeki.
Yim pernah kem4langan namun dia tak serik untuk meneruskan hobinya.
“Selepas video viral, ramai customer perempuan nak cari motor sama macam saya. Memang ada dapat pelanggan dari TikTok. Ada yang walk in ke kedai, mereka tunjuk video saya sebagai rujukan.
“Saya juga terbuka untuk berkongsi ilmu dengan perempuan yang berminat untuk main motor,” ujar Yim yang turut berhasrat menjadi pelumba suatu masa nanti.
BACA:
Phuket kini dilanda banjir besar, ranap semua tempat pelancongan