Tindakan individu yang menggunakan nama Yusman Zahari Zakaria itu secara jelas menuduhnya selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggunakan kenderaan Jabatan Hutan Daerah Raub dalam artikel yang disiarkan semalam bertajuk ‘Fuziah Salleh bercakap depan cermin, terbukti beliau salah guna aset kerajaan’.

“Saya dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mencabar beliau (individu terbabit) agar tampil dengan berani tanpa berselindung dengan blog dan Facebook yang menyembunyikan tentang biodata dirinya.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Saya juga telah mengarahkan peguam saya bertindak dengan sewajarnya di dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini hari ini.

Katanya, fitnah yang disiarkan menerusi laman blog itu juga telah diviralkan di media-media sosial termasuk di dalam