‘Full Stop’… BN bertanding solo – Tok Mat

“Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo dan menggunakan logo sendiri, serta tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, full stop,” itulah ungkapan dari Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan apabila ditanya mengenai kerjasama parti itu dalam PRN yang dijangka diadakan pada 20 November ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, “BN pergi bersendirian. “Saya ulang sekali lagi, tidak ada lagi soal jawab sama ada nak bersama dengan siapa-siapa.”

'Full Stop'... BN bertanding solo - Tok Mat

BN sebelum ini dilihat masih lagi samar-samar samaada akan bekerjasama dengan parti lain – iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) ataupun tidak. BN akhirnya meletakkan noktah kepada teka-teki tentang kemungkinan kerjasama dengan parti-parti lain dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan datang.

Menurut beliau lagi, hubungan yang retak antara Umno dan parti serpihannya, Bersatu menyukarkan kerjasama berkenaan, katanya ketika ditanya dalam sidang media pengumuman calon-calon BN yang turut disiarkan dalam talian.

Dalam sidang media itu, Tok Mat mengumumkan Umno akan menurunkan 20 calon, MCA tujuh dan MIC akan satu kerusi, untuk bertanding di kesemua 29 kerusi DUN Melaka.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Muhydidin Yassin dan Presiden BN Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan kedua-dua gabungan itu sudah berpatah arang antara satu sama lain bagi menghadapi PRN Melaka.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin lain memberi gambaran bahawa pintu rundingan masih terbuka untuk kedua-dua gabungan bekerjasama. PAS yang dilihat sebagai “orang tengah” pula membayangkan kemenangan besar jika ketiga-tiga parti itu berganding bahu.

Walaubagaimanapun, PAS akhirnya memutuskan untuk menggunakan lambang PN dalam PRN Melaka.

BACA JUGA : Polis siasat kejadian selit RM50 pada makanan
Panas !!! Selepas kes Zulfarhan, kes kedua didakwa mati kena buli di UPNM kembali viral