FRU digunakan untuk halang kemaraan MP Pembangkang

FRU digunakan untuk halang kemaraan MP Pembangkang. Percubaan Ahli Parlimen Pembangkang untuk berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen tidak berjaya kerana anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan perisai rusuhan menyekat kemaraan mereka.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Merdeka memulakan perarakan mereka ke Parlimen pada kira-kira 10.20 pagi dalam protes meminta peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan anggota Jemaah Menterinya.

Teriakan “Reformasi”, “Hidup Rakyat” dan “Daulat Tuanku” bergema dalam perarakan yang turut disertai bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu.

fru

Anggota-anggota polis dilihat hadir untuk mengawal situasi, dan Ahli-Ahli Parlimen beberapa kali perlu berunding dengan mereka supaya perarakan dapat mara.

Namun, mereka tidak dapat berarak jauh kerana anggota FRU menghalang jalan masuk ke Jalan Parlimen dari Dataran Merdeka.

Setelah menerima arahan anggota FRU, mereka yang berkumpul akhirnya mula bersurai sekitar 10.40 pagi, dengan ada yang kembali ke Dataran Merdeka.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/02/ahli-parlimen-pembangkang-bersurai-setelah-perarakan-disekat-fru/

BACA: Gempar !!! Ini bukti kerajaan PN sebenarnya sudah tumbang

COMMENTS

Wordpress (0)