Frontliners ucap jutaan terima kasih atas sumbangan AWAN

Frontliners ucap jutaan terima kasih atas sumbangan AWAN

Face mask dan face shield adalah antara PPE yang sangat diperlukan oleh pengamal kesihatan barisan hadapan bagi melindungi diri mereka yang terpaksa mendekati dan merawat pesakit COVID-19 dari jarak dekat.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri Johor, Adun Maharani Puan Hajjah Nor Hayati Bachok bersama beberapa sukarelawan telah turut membekalkan bantuan 1,000 face mask ke Pejabat Kesihatan Daerah Muar (PKDM) dan 500 face mask dan 200 face sheild ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSFM) pagi tadi.

Pegawai dan petugas perubatan PKDM dan HPSGM sampaikan ucapan jutaan terimakasih atas sumbangan yang diberikan oleh Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) khususnya AWAN Task Force for Covid-19 (ASTFC19) dan berharap agar bantuan-bantuan seperti ini dapat merangsang sifat kepedulian masyarakat dalam berkongsi semangat #kitajagakita ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank:

MAYBANK
WANITA AMANAH NASIONAL
5648 9212 4612

Semoga Allah melindungi dan memelihara kita semua.

Sumber :