Frontliner tak mencukupi, ahli keluarga nekad usung sendiri jenazah mangsa Covid-19

Frontliner tak mencukupi, ahli keluarga nekad usung sendiri jenazah mangsa Covid-19

Di Bandung Indonesia, satu keluarga terpaksa mengusung jenazah ahli keluarganya yang terkorban akibat pandemik Covid-19 setelah dipercayai sukarelawan tempatan mogok. Difahamkan, kakitangan hospital dan sukarelawan di daerah itu tidak mencukupi membuatkan keluarga ini berbuat demikian.

Memetik laporan Detik.com, waris kepada keluarga itu yang dikenali sebagai Dede berusia 60 tahun menyifatkan mereka terpaksa mengusung jenazah ke tanah perkuburan dengan memakai set pakaian plastik berserta helmet di kepala dan menyarungkan sarung tangan.

Dede dibantu oleh seorang pemandu ambulans dan dua orang petugas kesihatan mengusung jenazah adiknya. Dia segera bertindak untuk mengebumikan jenazah meskipun tidak sukarelawan tidak mencukupi.

Ketika mahu dibawa dengan ambulans, urusan itu mengambil masa yang lama. Selepas mengetahui di sini tidak ada yang mengusung jenazah adik, saya bertanyakan hospital ada sukarelawan atau tidak? Mereka maklumkan tidak ada.

Akhirnya, ahli keluarga sendiri perlu menguruskannya. Kebetulan, ahli keluarga ada di sini. Tapi kita keliru kerana tiada pakaian perlindungan diri (PPE) seperti di rumah sakit. Saya juga tidak tahu bagaimana hendak buat.

Susulan itu, rakyat Indonesia meminta agar pemerintah negara agar menambahkan lagi pasukan sukarelawan bagi memudahkan urusan pengebumian di daerah itu. – OB

COMMENTS