Fosil gergasi berusia 326 juta tahun ditemui

Fosil gergasi berusia 326 juta tahun ditemui. Baru-baru ini, sebuah fosil bersaiz gergaasi telah ditemui di Pantai Howick di Northumberland yang terletak 64 kilometer dari Newcastle.

Fosil tersebut direkodkan sebagai penemuan haiwan invertebrata terbesar sepanjang zaman iaitu lipan gergasi (Arthropleura) yang sebesar 2.5 meter diukur dari kepala ke kaki.

Menurut Neil Davies yang merupakan pakar Sedimentologi, Universiti Cambridge, penemuan fosil kaki gergasi seperti itu sebenarnya sangat jarang berlaku kerana sebaik sahaja haiwaan itu mati, badannya haancur dan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Tambahnya lagi, setakat ini, mereka masih belum menemui kepala fosil tersebut.

“Kami belum menemukan kepala fosil. Jadi, adalah sukar untuk mengetahui segala-galanya tentang lipan tersebut,” ujar Neil Davies.

Fosil gergasi berusia 326 juta tahun ditemui

Fosil lipan gergasi atau Arthropleura itu ditemui pertama kali pada Januari 2018, selepas bongkah batu pasir jatuh dari tebing di Teluk Howick ke kawasan pantai. Spesimen itu juga hanya kali ketiga yang pernah ditemui dan rekod sebelum ini digali di negara Jerman.

Menurut Neil Davies, penemuan itu adalah satu kebetulan yang kerana cara batu itu terjatuh dan retak telah mendedahkan fosil itu dalam keadaan yang kelihatan sempurna.

Ia adalah penemuan yang ditemui secara kebetulan, batu pasir yang jatuuh itu telah retak terbuka dan mendedahkan fosil dengan sempurna”

Fosil gergasi berusia 326 juta tahun ditemui

Hasil kajian terhadap fosil itu menunjukkan Arthropleura itu dipercayai hidup sekitar 326 juta tahun dahulu di timur laut England yang mempunyai iklim tropika yang berbeza pada zaman ini. Ia juga dipercayai mempunyai sekurangnya 32 kaki hingga 64 kaki.

Fosil itu juga akan dipamerkan kepada orang awam di Muzium Sedgwick, Cambridge pada tahun depan.

Baca Juga : Hati-hati jika terjumpa ulat ini melekap di dinding rumah..
Fosil kepala raksasa laut ditemui
Lelaki ini kongsi lokasi terbaik tampal RFID, palang confirm buka lebih awal

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)