Frontliners Singapura adalah perubatan, kewangan dan ekonomi

Frontliners Singapura adalah perubatan, kewangan dan ekonomi

2 Minggu lalu, Ketika Menteri Kewangan Singapore membentangkan pakej rangsangan Ekonomi,..Heng Swe Keat Ketika membuka ucapannya..dia berkata “ For businesses, cash is king ” , dia menggariskan Frontliners itu terbahagi kepada 3 faktor penting..Medical, Financial dan Ekonomi.. Maksudnya 3 Sektor ini perlu diselamatkan..

Kenapa dia sebut dalam perniagaan, Cash Is King.. Sebab antara faktor penting dalam ekonomi,adalah aliran Tunai..Cash.. mesti ada Liquidity atau kecairan dalam pasaran, Jadi dengan membantu SME atau PKS adalah faktor penting dalam pakej rangsangan..

sebab setiap perbelanjaan PKS itu ada kesan ganda ekonomi..Ini yang ramai yang tak faham.. PKS terlibat dalam rantaian besar Ekonomi,tak kira melibatkan Utliti,tenaga Buruh, pendapatan Pekerja,Pengangkutan,hartanah hinggalah kepada Cukai yang sepatutnya sampai kepada kerajaan..

Berbeza dengan Malaysia..Malaysia masih menggunakan teori Makcik Kiah, Bagi Muhyidin dan Menteri Ekonomi.. Makcik Kiah adalah faktor Cash is King..sama seperti Najib… Sedangkan membiarkan sektor PKS dan SME kehilangan sumber pendapatan dan kerugian besar dalam tempoh PKP dibiarkan terkapai kapai..

Bukan sebab kita nafikan hak makcik Kiah dibantu.. tetapi Kerajaan terlalu mengfokuskan bukan sasaran yang tepat untuk selamatkan Ekonomi.. Kalau makcik Kiah, atau pak mat tempe berbelanja..RM 1600.. mungkin depa beli HP, atau bayar Hutang Along..segalanya selesai..Dia habis macam tu saja..berbeza mereka dikalangan IKS, depa ni bayar gaji pekerja depan..bayar sewa.. Belli bahan mentah, Akhirnya ia menghasilkan kesan ganda dalam kitaran ekonomi..

Malah sasaran membantu kelompok bawahan kepada mereka yang terjejas juga tidak tepat bila ada kelompok yang dapat lebih dan berganda seperti kakitangan Kerajaan yang ada dalam senarai BSH..ada yang sekadar menampung kehilangan pendapatan..Ini mewujudkan jurang jelas dikalangan rakyat yang terjejas akibat PKP..

Tidak ada satu pengumuman khusus membantu mereka yang diberhentikan..Dibuang kerja atau PKS yang berhadapan dengan gangguan aliran Tunai..hanya dana pinjaman yang ditambahkan kepada pakej sedia ada..ianya hanya sedap didengar..hakikatnya PKS diluar sana merana..

Singapore masih belum menutup semua operasi perniagaan dan perkilangan mereka..tetapi banyak Insentif telah diumumkan.. Malang bagi Malaysia.. atas sebab kejahilan Menteri Kewangan dan Ekonomi terlebih panik menghentikan semua aktiviti Perniagaan,hatta yang bukan melibatkan urusan dengan orang ramai.. dari Kilang sampai ke Peniaga dijalanan terjejas akibat kawalan yang berlebihan..

Kelmarin Bank Negara sendiri mengakui dalam laporan, Antara faktor Ekonomi diunjurkan negatif tahun ini disebabkan kawalan ketat PKP..Kita lihat jelas ada sayur dan ikan terpaksa dibuang Petani dan Nelayan, Ada Ayam dibiarkan jadi lambakan, dan ada Pelabuhan yang terbiar akibat perintah kawalan yang tidak Bijak dari Menteri Ekonomi(MITI) dan Kewangan…

Perintah kawalan hanya tinggal hanya seminggu..hari ini baru kita tahu, Kilang Arak dan Heiniken dibiarkan beroperasi.. Jika kerajaan membatalkan permit operasi mereka pun..Segalanya sudah terlambat.. hanya tinggal Seminggu tarikh PKP dijangka Berakhir..Baiklah Kedai seperti Kedai tayar, Mekanik, pasar Tani dibiarkan beroperasi jika Kilang Arak dibenarkan..

Apapun segalanya telah rosak..yang merosakkan Ekonomi ini adalah mantan Menteri Ekonomi sendiri… Pengumuman tambahan Muhyidin Petang ini sudah terlambat..Semua sektor Perniagaan dan SME sudah terjejas teruk… Alangkah bahagian nya Carlsberg dan Heineken mereka dibiarkan beroperasi sepanjang 3 Minggu ini…

Sumber :