Fizo mengamuk selepas dituduh tak hargai bekas isteri ketika bersalin. Pada Sabtu lalu, pelakon Fizo Omar memaklumkan bahawa isterinya, Fazeera Nazri telah selamat melahirkan anak sulung mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Fizo sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Namun begitu, terdapat segelintir warganet yang seolah-olah tidak berpuas hati serta membandingkan detik bersalin isterinya Fazeera dengan bekas isteri, Mawar Karim.
Dakwa Fizo tak hargai pengorbanan bekas isteri
Menerusi ruangan komen, terdapat sesetengah netizen yang mendakwa bahawa Fizo Omar seperti tidak menghargai bekas isterinya ketika anak perempuannya, Maryam dilahirkan melalui kaedah C-section sebelum ini.
Alahai Abe Joe (Fizo) macam tak pernah ada anak je. Habis masa mariam lahir tak ada perasaan macam ni ke? Pelik lelaki zaman sekarang dengan isteri baru macam-macam air mata jantan lah hargai lah itu lah ini lah. Masa isteri lama beranak jugak operate lagi tak hargai. Benci.
Tahniah walaupun ayat-ayat memang tak dinafikan boleh mendatangkan sedih buat Maryam dan bekas isteri. Seolah-olah tak pernah wujud. Faham memang bukan itu maksudnya cuma ‘boleh mendatangkan’ fitnah dan sedih buat orang lain.
Bagi statement macam tak pernah ada isteri dan anak sebelum ni. Cuba hormat sikit perasaan dorang tak kira lah bersalin normal ke Czer ke tetap bertarung nyawa nak melahirkan anak.
‘Cuba guna akal yang ada tu’
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 37 tahun itu tidak mendiamkan diri dan tampil menjelaskan bahawa ia merupakan kali pertama dirinya melihat proses bersalin secara normal dan tidak sama seperti pengalaman sebelum ini.
Dalam pada itu, Fizo turut menegur netizen agar menghayati mesej yang ingin disampaikan olehnya daripada membuat perbandingan bersifat negatif.
Cuba baca ni. Maryam dulu lahir Czer dan saya tak dapat pengalaman yang sama. Bolah faham tak. Tak perlu lah nak komen sounds like so busuk you know. Jadi perlu ke saya nak buat throwback sedangkan sekarang ni saya tengah cerita pasal baby saya dan Fazeera.
Cuba guna akal yang ada tu dan faham apa maksud yang nak disampaikan. Awak pun ada family kan. Suatu hari nanti awak akan faham. Negatif tu simpan lah sikit.
BACA:
“Made in Janda Baik”, Fizo Omar suruh tengok video kejutan sampai habis
Isu air di Kelantan bukan baru hari ini, dah bertahun-tahun – Fizo