Fitnah jual tanah : Bekas Pengerusi BN minta maaf kepada Guan Eng di Mahkamah

Fitnah jual tanah, Bekas Pengerusi BN minta maaf kepada Guan Eng di Mahkamah. Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow memohon maaf kepada bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung artikel mengenai Pulau Jerejak di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Chang Yeow membacakan kenyataan maaf itu di hadapan Hakim Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah.

Memetik laporan  Berita Harian beliau berkata “Saya dengan ini memohon maaf tanpa syarat kepada Lim Guan Eng dan menarik balik kenyataan yang saya buat dalam sidang media pada 15 November 2016, yang kemudiannya diterbitkan pada 16 November 2016 dalam The Star dengan kapsyen Pulau Jerejak Land Sale Questioned (Penjualan Tanah Pulau Jerejak Dipersoalkan); dalam THE STAR ONLINE dengan kapsyen, Pulau Jerejak Land Sale Questioned; Guan Ming Daily dengan kapsyen, Kes Menjual Tanah Pulau Jerejak; dan Sin Chew Daily dengan kapsyen, Hilang 80 juta Keuntungan Potensi.

“Saya kesal dengan kesusahan dan kesulitan yang dialami Lim Guan Eng akibat penerbitan perkara di atas,” katanya.

Teng Chang Yeow

Pada hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pengurusan kes namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya melalui penghakiman persetujuan.

Lim hadir di mahkamah dan diwakili peguam Datuk N Mureli manakala Chang Yeow diwakili peguam Kek Boon Wei.

Hakim Tun Abd Majid kemudian merekodkan penghakiman persetujuan kes itu.

Di luar mahkamah, Mureli memaklumkan Chang Yeow selaku defendan akan membayar kos sebanyak RM75,000 (untuk kos Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan) kepada Lim selaku plaintif.

Pada April 2017, Lim memfailkan saman menamakan Chang Yeow, yang juga bekas Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Pengarang Berita Star Media Group Berhad David Tan dan wartawan Crystal Chiam Shiying selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa Chang Yeow memberi, membenarkan dan/atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu itu ditulis dan disiarkan di akhbar dan laman web melalui defendan lain.

Beliau mendakwa defendan berniat jahat menerbitkan kenyataan berunsur fitnah dan palsu dalam artikel bertajuk ‘Pulau Jerejak Land Sale Questioned’ (Penjualan tanah Pulau Jerejak Dipersoalkan) bertarikh 16 Nov 2016, yang merujuk kepada plaintif (Lim).

Tindakan undang-undang Lim terhadap defendan lain telah diselesaikan.

BACA: Kerjasama dengan PN : “Kita sentiasa mengkaji”, kata Pas

COMMENTS

Wordpress (3)
  • comment-avatar
    Kristi 3 days

    Howdy! Do you know if they make any plugins to assist with
    Search Engine Optimization? I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m
    not seeing very good results. If you know of any please share.
    Thank you!

    My page: Raina

  • comment-avatar
    Christine 5 days

    Hi all, here every person is sharing such know-how, thus it’s good to
    read this website, and I used to go to see this blog daily.

    My site :: Cassie

  • comment-avatar
    Edmundo 7 days

    Hello there! I could have sworn I’ve been to this blog before but after checking through some of the post I realized it’s new to
    me. Nonetheless, I’m definitely delighted I found it and I’ll
    be book-marking and checking back frequently!

    Here is my webpage … Ariel