Filem Doctor Strange dilarang ditayang di Arab Saudi

Filem Doctor Strange dilarang ditayang di Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi mengharamkan tayangan filem adiwira terbaharu keluaran Marvel Studios, Doctor Strange kerana memaparkan dialog yang mempromosikan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), lapor portal berita MailOnline semalam.

Filem edaran Disney itu memaparkan satu babak selama 12 saat yang memaparkan seorang pelakonnya menyebut bahawa dia mempunyai ‘dua orang ibu.’

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, Disney perlu memotong babak tersebut sebelum ia diberi kebenaran untuk ditayangkan di negara itu.

“Namun, buat masa ini Disney menolak permintaan kami untuk menyunting babak di mana karakter lesbian, America Chavez, merujuk kepada ‘dua ibunya’.

“Ia cuma watak Chavez seorang yang bercakap mengenai ibu-ibunya kerana dia mempunyai dua ibu. Di rantau Asia Barat, agak sukar untuk kami meluluskan sesuatu seumpama ini.

“Disney memberitahu kami bahawa mereka tidak akan menuruti permintaan untuk menyunting babak tersebut,” kata Penyelia Utama bagi Klasifikasi Pawagam Arab Saudi, Nawaf Alsabhan.

Sementara itu, Nawaf turut menjelaskan mengenai laporan bahawa filem adiwira yang bakal ditayangkan pada awal Mei itu telah diharamkan tayangannya di Arab Saudi.

Filem Doctor Strange dilarang ditayang di Arab Saudi | Info Rakyat

“Ia tidak pernah diharamkan dan tidak akan diharamkan. Tiada alasan untuk mengharamkan filem itu.

“Ia cuma suntingan mudah dan setakat ini, mereka (Disney) enggan melakukannya. Namun, kami tidak akan berputus asa dan masih mencuba (agar Disney menuruti permintaan),” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang kakitangan sebuah pawagam di Arab Saudi semalam memberitahu bahawa tayangan filem ‘Doctor Strange in the Multiverse of Madness’ itu telah ditarik balik.

TONTON :

BACA:

Kerajaan halang 3 jenis kenderaan ini berada di jalan raya

Video raya Aliff Shukri, Kementerian tak boleh sekat serta merta – Menteri

Pantau lokasi pasangan atau anak anda dengan guna apps ini

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)