FELDA digesa tumpu survival warganya

FELDA digesa tumpu survival warganya

FELDA telah melaksanakan beberapa program bagi mempelbagai sumber ekonomi warga FELDA melalui Program Pembangunan Peneroka (PPP) dan Gedung Makanan Negara (GMN). Program ini fokus kepada bidang pertanian, ternakan dan usahawan dengan mengoptimumkan kawasan tanah dirancangan dan wilayah FELDA hampir diseluruh negara.

PPP dibentang melalui KERTAS PUTIH FELDA pada 10 April 2019 dengan peruntukan RM250 juta setahun dan jumlah keseluruhan untuk 4 tahun berjumlah RM1 Bilion. Dilaporkan telah lebih 20 program PPP sedang dijalankan dirancangan-rancangan FELDA yang terpilih. GMN pula telah dilancarkan sejak 2009 dengan peruntukan RM750 juta dan FELDA telah pun melakukan penjenamaan semula sejak 2019 bagi menstruktur semula program yang sedang berjalan.

Dalam menghadapi kesan ekonomi kerana penularan COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah baik bagi FELDA untuk:

1. Mempercepatkan perluasan program PPP dan GMN dirancangan-rancangan FELDA dengan melibatkan Generasi Ke 2 FELDA yang terkesan samada cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja atau tidak dapat menjalankan perniagaan harian.

2. Mengumpulkan data-data warga FELDA yang terkesan bagi item No.1 melalui MPKK/JKKR dan pengurusan peringkat rancangan. Data ini boleh digunakan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja bagi program PPP dan GMN.

3. Meluaskan pemasaran produk PPP dan GMN di kedai DMART atau melalui online bersama LAZADA yang telah pun membuka perkhidmatan bagi produk dan penghantaran hasil tani.

Survival warga FELDA amat penting bagi menghadapi PKP dengan kesan ekonomi yang akan berpanjangan. Bantuan kerajaan secara “one-off” serta penangguhan pemotongan BAYARAN KEMBALI dan pinjaman sosial tidak akan bertahan lama dan perlunya alternatif dalam mencari sumber ekonomi baru.

Diharapkan PPP serta GMN tercapai objektif dalam memberi manfaat ekonomi kepada Peneroka dan Generasi FELDA dalam menghadapi PKP.

Ridhuan Esa
Generasi Ke 2 FELDA Sungai Sibol
Generasi ke 3 FELDA Sri Jaya
31 Mac 2020

Sumber :

COMMENTS