Fasha Sandha buka mulut cerita pernah kerja cuci pinggan, upah RM6 satu malam. Pelakon Fasha Sandha mended4hkan dia sudah terbiasa berdikari sejak dari awal remaja lagi malah sudah pun mula bekerja ketika di usia 15 tahun..
Berkongsikan hal itu di Instagram, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, berkata pengalaman bekerja di usia muda membuatkan dia seorang yang ‘gil4’ bekerja sehingga kini..
“Saya suka bekerja, bila ada ru4ng, saya akan lari bantu suami dan mama saya berniaga..
“Saya mula berniaga sejak saya berusia 15 tahun (cuti sekolah). Saya akan mencucl pinggan mngkuk di gerai charkoeyteow di pasar Seberangg Jaya dengan gaji sebulan RM180 (banyak ooo masa tu), RM6 satu malam untuk empat jam,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Disebabkan pengalaman bekerja di usia muda memberikan kemat4ngan kepadanya tentang erti tanggungjawab, Fasha berkata kini dia cuba untuk menerapkan nilai kerja yang sama buat anak-anaknya.
“Pengalaman saya menjadikan saya ibarat ‘c4mpak dekat mana pun saya boleh hidup’”
“Kali ini saya ajak anak-anak saya tolong juga (mereka tengah cuti sekolah). Ajar mereka rasa tanggungjawab”
“Alhamdulillah Jemyma suka bekerja,” tulisnya lagi.
Lihat siaran ini di Instagram
Fasha dan anak-anaknya membntu di booth jualan jeruk mangga serta laksa yang dikendali suaminya, pelakon Aidil Aziz serta ibu Fasha sendiri di pesta makanan yang berlangsung di Ampang, Selangor sehingga hari ini.
Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 7 tahun.