Apabila berkahwin, kita sebenarnya berkahwin dengan keluarga pasangan dan perlu menyesuaikan diri serta menerima kekurangan mereka.
Walaubagaimana teruk sekalipun, perlulah menerima dengan hati terbuka asalkan tidak melanggar batas-batas agama.
Sebagaimana kisah benar ini yang mengisahkan keluarga mertuanya yang kerap kali mengambil peluang menggunakan hartanya selama mungkin hingga menyebabkan dirinya memendam rasa.
Assalamualaikum warga FB, aku hanya nak luahkan apa yang terbuku dalam hati.
Aku tak suka burukkan family jadi aku ambil keputusan untuk menulis di sini. Tiada siapa tahu, tiada siapa akan diaibkan.
Background family aku mak abah bekerja kerajaan, gred rendah sahaja, abah dan mak buat business pest control sambil bekerja, jadi hidup kami alhamdulillah tak pernah putvs duit atau ada masalah duit.
Anak cuma 2 sahaja, keperluan asas dan keperluan belajar tak pernah terputvs.
Aku berkahwin dengan suami yang backgound ibunya tak bekerja dan ayahnya bekerja biasa juga, anak 5 orang, selalu tak cukup keperluan di rumah disebabkab ayahnya bergaji kecil, suami dahulu sentiasa tak ada duit belanja sekolah. Senang cerita agak susah kehidupan.
By the way, mak abah aku dan mak pak mertua sama level pembelajaran, semua belajar setakat SRP, berlatarbelakangkan keluarga miskin. Di sini aku nak ceritakan mentaliti family sebelah suami dan mentality sebelah keluarga aku.
Aku banyak mengubah mentality suami supaya tak ikut mentality keluarganya. Aku tak kisah di akhir cerita ada yang mahu kecam aku, tapi aku harap ada faedahnya dalam aku menyampaikan cerita ini. Mentality keluarga aku : macam mana nak tambah duit (income), jangan spend duit kalau tak ada, 80% income untuk simpanan.
Mentality keluarg mertua : duit tak cukup, mari cut down semua benda sehingga ke keperluan asas, bila ada duit jatuh dari langit, belanja ikut kehendak, makan tak cukup fikir nanti – nanti. Aku tak suka nak sebut taraf b40, m40, t20, bagi aku term ini tak boleh dipakai untuk situasi kewangan melainkan hanya boleh digunapakai untuk ukur nombor gaji seseorang shaja.
Mana mungkin income 20k overhead 22k masih dipanggil t20. Okay aku ceritakan satu satu ya, sebab cerita aku teramatlah panjang. Alhamdulillah aku study tanpa hutang sebab mak dan abah dah sediakan fund untuk kami belajar, suami study dengan ptptn, yang pada aku tiada salahnya, cuma ini semua sebab tiada perancangan awal daripada ibu bapa dia.
Mula – mula aku kahwin umur 26, kami sebaya, suami terk3jut aku dah ada 3 buah rumah yang aku beli dengan income aku 2500 sahaja. Aku jadikan rumah – rumah itu tambahan bilik dan sewakan dengan untung 800 sebulan setiap rumah, tak banyak, tapi memadai sebab aku tak suka rumah bilik terlalu banyak dan sempit.
Suami memang kagum tapi tiada tindakan jadi aku ajar dia satu per satu, dan DSR dia aku gunakan untuk membeli 4 buah rumah yang semua sekali kami sewakan mengikut method yang sama, aku juga ada tambahan 5 buah unit yang kami jadikan airbnb.
5 unit ni yang kami hustle setiap hari sekarang boleh dikatakan setiap hari ya kami pergi dan bersihkan sendiri, duit untung kebanyakan hanya disimpan dalam bentuk emas 999 dan duit kec3masan. Kami tak mewah, dan keluarga aku tahu business seperti ini bagaimana untung ruginya kerana mereka faham apa yang aku lalui.
Aku sentiasa update mereka semasa ke semasa, abah dan mak excited waktu mula – mula aku dapat rumah dan sentiasa ikut aku untuk view rumah, sekarang suami dah ada mereka jarang dah datang, cuma support aku dari jauh.
Lain pula dengan family mertua aku datang untuk duduk free main swimming pool, boleh tahan kerap juga, aku dah cakap pada suami weekend kita sentiasa ada booking, tapi suami tak tahu nak beritahu family macam mana.
Sampai aku push dia untuk cakap dan alhamdulillah keluarga mertua tak datang sekerap dulu. Pernah kami outstation hampir 3 minggu sebab aku mahu setup business baru aku di Turki (tapi business ini tak menjadi pun, alhamdulillah trial dan error yang jadi pelajaran untuk aku),
Family mertua dah cop untuk duduk di salah satu unit airbnb tu, dan kami benarkan, tanpa sesen pun mereka bayar. Bukan aku mahu berkira tapi itu sumber pendapatan macam mana aku nak jalankan sebab itu hampir sebulan kan, untuk bulan tu aku pejamkan mata sahaja membayar installment bil api dan air management fee wifi. Nampak kedekutkan, macam tu lah aku di mata mereka, amat kedekut.
Bulanan suami beri sejumlah wang pada ibu mertua, siap ada topup daripada keuntungan business, itupun diminta – minta topup lagi kadang-kadang nak pergi sana nak pergi sini, beli itu dan ini. Aku sentiasa di push beranak ramai sekarang supaya tua tak perlu susah jaga anak – anak.
Lain pula family aku, tiada desakan untuk tambah anak. Suami aku bersikap feminin dalam hubungan, aku sentiasa jadi kepala dalam hubungan lagi – lagi dalam melibatkan buat keputvsan. Aku memang tak akan beranak lebih dari kemampuan financial aku, pernah dulu suami iyakan ibu bapanya dengan minta cucu ramai dari kami.
Aku terus sembur suami, aku taknak anak – anak aku tak ada duit belanja makan pergi sekolah seperti suami dan adik – adiknya minum air paip sahaja di sekolah sebab ayah dan mak mertua tak mampu. Marah juga suami pada aku, dia kata habis tu nak cakap mak ayah dia salah langkah?
Bukan begitu, aku tak mention tu, tapi silap aku mention keadaan family dia dan jadikan hujah dan senj4ta untuk aku bangkang dia, aku memang tak berfikir juga kadang – kadang kalau bercakap bila marah, jadi aku minta maaf.
Aku cakap kalau aku jadi kawan mak dan ayah mertua waktu tu tentu aku nasihatkan untuk stop tambah anak, aku dengar memang kesian kalau cerita adik beradik suami aku dulu – dulu, dengan beras tak ada kat rumah, masalah mak dan ayah mertua cuma duit, duit, duit kalau berg4duh.
Mereka tanpa segan silu cerita itu ini sebab sekarangkan dah senang sikit, ada kereta sendiri, nak makan apa dah ada duit sendiri, tapi hakik4tnya, itu kelemahan perancangan keluarga dan kewangan pada pandangan aku.
Sampai sekarang adik beradik suami termasuk dia waktu aku kenal memang kedekut pahit. Duit yang mereka dapat tak akan dibelanjakan untuk family, makan – makan sedap tak ada, simpanan tak ada, cuma beli motor kereta yang aku nampak, bulanan tak cukup sebab beli kereta dan motor, roadtax minta duit suami pinjam dahulu katanya.
Setiap tahun benda yang sama. Suami sangat pemurah kalau family minta duit sampai sekarang pun. Aku ubah suami aku yang kedekut untuk jadi pemurah macam sekarang sebab dia ada pendapatan dari business yang aku create untuk dia take part dan bergaji 2 sumber seperti sekarang,
Duit gaji simpan, duit business tampung keperluan kami, memang hidup kami hustle betul, habis kerja, check unit kami, ambil kunci, hantar kunci, kalau tak sempat memang kami terp4ksa bayar hourly maid untuk settlekan kerja kami.
Berjalan makan angin keluar negara walaupun thailand tersangatlah luxury untuk family suami walaupun style aku adalah bagpacking, memang dipandang ada duit sentiasa. Walhal aku hanya guna tak sampai 1k untuk ke sana bermalam 2 malam atau 3 malam, baik ini bukan aku mahu memandang rendah tapi definisi luxurious mereka berbeza dengan family aku, kereta dan motor di luar kemampuan adalah luxury bagi keluarga kami, kerana ia tak mendatangkan income.
Bercuti sekali dalam 3 bulan bajet tak sampai seribu berbanding income 5 angka kami sangat luxury bagi mereka. Tapi untuk ketenangan minda aku buat sebab itu allocation pada aku dan suami memandangkan kami kuat bekerja, untuk release str3ss dan healing lah kan.
Untuk tengok suami sebagai pasangan romantis tanpa pandang dia seperti business partner sekejap. Aku pernah nampak status whatsapp salah seorang adik beradik suami, kami bercuti tak ajak mereka, bukan aku tak mahu ajak, tapi aku dah kena, 100% kami tanggung untuk 8 orang dewasa, sehelai RM1 tak ada dihulurkan langsung, siap meminta belanja untuk beli souvenir pada rakan – rakan mereka.
Aku serik sebab culture family aku, mak akan bayar hotel, abah bayar makan dan transport, bila dah besar aku dan abang akan tanggung semua, tapi tetap abah akan hulur – hulur juga, tak pernah meminta lebih, sangat – sangat culture shock aku dibuatnya dengan family suami.
Suami malu sebenarnya dengan family dia berper4ngai begitu tapi dia most of the time akan berdiam sahaja, bermula daripada itu aku cuma suruh dia cakap tak ada duit sahaja, supaya mereka tak dibiasakan meminta dan mengharap begitu.
Minggu depan adik suami mahu buat sleepover dengan bff dia di salah satu unit kami, terus aku cakap dia dan kawan-kawannya kena bayar, terus dia diam. Aku tak tahu lah jadi atau tak, satu malam cuma 200 sahaja. Aku suruh bayar 150 harga adik beradik, tapi macam tu lah, adik dia mengharap RMO keluar dari dompet. Haha.
Aku juga ada tengok whatsapp suami baru – baru ni, semua whatsapp kebanyakannya adik beradik dan mak ayah mertua minta tolong duit. Yang paling kelakar raya baru ni, sebab suami tiap tahun ada bagi duit raya, dan ramadhan haritu business kami tak berapa okay, aku cut down banyak benda tapi adik beradik suami meminta duit raya tanpa segan silu dan suami dah bagi pun tanpa aku tahu.
Aku tak kisah sebab itu duit suami, yang aku kisah dia dah biasakan keluarganya tanpa segan silu minta duit pada dia. Tiada duit raya buat aku sebab aku tahu keadaan kewangan dia dan aku tak meminta pun, aku tahu bila dia tak bagi, memang dia tak ada duit, tapi untuk adik beradik dia, kalau minta mesti dapat.
Dah kerja ya semua adik beradik dia cuma belum kahwin, suami seorang sahaja dah berkahwin, dua tiga hari lepas tu mak ayah mertua minta pada dia duit. Mereka berkenaan duit tak pernah minta dalam group family, semua whatsapp suami personal dan suami tak akan beritahu aku sepatah pun, samada malu atau malas aku bercakap tentang family dia kena stop minta duit.
Suami sudah mula suka raya di kampung aku sebab kalau raya di kampung dia, autom4tik yang ada business ni lah kena tampung semuanya, walhal mereka tak nampak struggle nya kami buat itu dan ini. Sikit – sikit persoalan aku tentang suami tak call mak ayah mertua kerap, tak update tentang business kerap, tak bercakap pasal untung rugi kerap dengan familynya sebab tak mahu mereka tahu sebab for sure akan minta lebih.
Dan silap aku selalu update di media sosial dan testimoni guest kami tapi untuk marketing purpose lah kan, itulah business kami dianggap hanya untung tiada rugi. Pernah aku buat tak dengar dengan kata – kata ibu mertua, sebab apa pun tak ingat, dia kata kita ni nak cari duit sampai bila ya? Stop stop lah. Bukan nak makan mewah sangat, nak hidup mewah sangat, walhal aku masak sangat dengan situasi kewangan ibu dan ayah mertua, ayah mertua baru pencen 2 tahun, duit kwsp 80% sudah habis. Sekarang tengah mencuba beberapa business yang tak pernah menjadi.
Tahun pertama pencen dihabiskan masa dan duit dengan makan angin, anaknya jadi generasi sandwich, tersepit di tengah between providing kepada family kecil, provide juga pada ibu bapa, iaitu suami aku. Aku pening dengan situasi ini, situasi suami yang ditelan m4ti emak diluah m4ti bapak.
Sepatutnya duit kwsp simpan lah sebab tak ada pencen, tapi dijoli dahulu mengharap anak – anak dapat hulur setiap bulan, anak 5 tapi yang memberi seorang sahaja, iaitu suami, yang lain semua ada masalah kewangan sendiri.
Oh lagi satu, aku guide ya semua adik beradik dia untuk join skim lambat kaya aku, iaitu ajar cara buat duit dengan bidang pest control, flip rumah dan beberapa bidang lain juga, tiada satu pun berminat, berminat lah awal – awal lepas tu suam – suam kuku.
Memang aku tak boleh dah buat apa, penat aku memujuk dan guide tapi memang seorang pun tak berjaya, mungkin aku kena duduk serumah dengan mereka basuh hari – hari macam suami aku agaknya. Gaji 2500, Kereta 900, Sewa bilik 450, Bil api dan air lagi, makan lagi, berapa yang tinggal ya agaknya?
Semua ni rhetorical question sahaja untuk aku, setelah aku calculate aku nak bantu, tiada siapa yang mahu diberi joran, mahu ikannya sahaja. Kalau adik beradik aku sudah aku lempang seorang demi seorang suruh sedar yang kita ada 30 hari untuk hidup sebulan, tapi mereka berjoli seperti 5 hari sekali dapat gaji.
Hujung – hujung makan maggie, tak pun minta duit dengan abangnya. Malam lepas kerja wajib melepak dengan kawan-kawan tak ada rasa nak hustle, katanya tak ada life kalau malam pun kerja. Medsos follow cerita artis dan artis sahaja, sangat mementalkan, baju raya mesti nak sama macam artis ya.
Harga berapa tak kisah, janji dapat bergaya. Parah betul. Btw untuk pembaca, kalau anda terasa atau tak bersetuju tak apa, sebab aku dah lama question mentality aku yang satu ni, bukan family keluarga mertua sahaja yang macam ini.
Kawan – kawan aku juga ramai yang begini mungkin termasuk pembaca – pembaca di sini juga, cuma aku tak kisah sebab dia tak bagi kesan pada hidup aku, aku kisah sebab ini keluarga mertua kini sebahagian hidup aku. Aku pilih suami, sebab dia ada kesungguhan dan sangat – sangat menerima cara aku, cuma dia tak tahu cara mulakan financial awareness begini dari mana.
Dia serba boleh dalam semua benda, termasuk bina cabinet dan buat cabinet from scratch, di situlah aku jumpa dia dan aku tak pernah beritahu rumah yang dia pasang cabinet tu rumah aku. Sehinggalah aku berkahwin dengan dia dan aku tak tahu menahu mentality keluarganya begini yang aku ceritakan di atas.
Suami sangat bagus dalam buat gig job, aku pula tak reti gig job dan tak pandai sebenarnya, jadi aku pilih yang aku boleh tanggung risikonya, suami bergaji 1800 waktu berjumpa dengan aku. Aku push dia untuk demand sebab position dia sebagai experienced architect, dan kepakaran dia ada 2 orang sahaja dalam company tu, aku minta dia pindah company lain bila demand tak diluluskan boss dia.
Dia pindah dan boss dia panggil dia semula dengan gaji 4000 sekarang. Puas hati dengan demand, walaupun sangat jauh rendah dari aku sekarang asalkan orang yang aku sayang tak ditindas kemahirannya dengan gaji tak setimpal.
Permulaan perkahwinan sangat lah struggle dengan dia memandang aku sebagai perempuan gila duit walaupun yang dia nampak hanyalah aku hustle siang malam, berkat aku tak pernah minta sesen pun dari poket dia, dia akhirnya faham aku.
Matlamatnya bukan duit tapi bebas daripada bebanan duit, bebanan hutang, bebanan kerisauan di hari tua tentang duit, semua ni disebabkan aku nak attain financial freedom, dan aku sentiasa ajar dia untuk faham goal aku.
Suami bukan seorang ‘ketua’, memang follower dari mula, jadi aku akan tuliskan atas kertas semua plan aku, aku berjaya pay off sebuah rumah dalam masa 3 tahun ya. Aku buat dan aku tunjuk dan aku guide, itulah penyebab suami setuju dengan aku dan benarkan aku guna nama dia atas loan rumah yang lain.
Sungguh, kesemua rumah ini bukan harta melainkan komitmen dan hutang sahaja, by umur kami 35 aku dah berjanji dengan suami at least 7 buah rumah kami hanya lah income bukan lagi hutang. Suami nampak dan percaya dengan statistik daripada aku, dan follow the flow termasuklah stop production anak.
Cukuplah 3 yang aku sanggup berkomitmen meluang masa dan tenaga tanpa ada keculasan agama, emosi dan wellbeing mereka sebagai manusia. Tulisan ini bercampur – campur aku minta maaf, tapi memang aku perlu tulis sebab aku tak suka cerita the bad side to anyone, people read, people judge and people talk, aku juga perlu luahkan,
Jadi itu pentingnya aku tulis anonymously supaya semua ni habis di sini, aku juga pernah luahkan di sini beberapa tahun yang lalu.
Jadi aku sangat suka platform ni sebab aku boleh membaca pandangan pembaca di ruangan komen, aku berterima kasih kepada semua yang sudi ambil masa untuk baca berfikir dan tinggalkan buah fikiran di sini.
Terima kasih banyak ya. – Nurfa (Bukan nama sebenar)