FAHAM, TIDAK KELIRU

Ada bertanya keliru tentang sumpah laknat, ditanya apa maksud tiada dalam perundangan Islam, dan kalau tak ada, macam mana ada nas sebut peristiwa ini berlaku.Baik, saya terangkan secara ringkas, apa dimaksudkan tiada dalam perundangan Islam bukan bermakna tiada dalam Islam, dua perkara berbeza.Maksud tiada dalam sistem perundangan Islam ialah tiada kaedah pembuktian secara sumpah ini diterima di Mahkamah Syariah, melainkan dalam kes li’an dimana suami tidak dapat mendatangkan 4 saksi apabila menuduh isteri berzina, maka keduanya bersumpah, siapa yang berdusta, diturunkan laknat ke atasnya.Sistem perundangan sudah disediakan kaedah pembuktian melalui kaedah Syahadah, Bayyinah dan Qarinah.Syahadah ertinya apa-apa keterangan diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz “asyhadu” untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;Bayyinah ertinya keterangan membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuklah Qarinah;Qarinah ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Enakmen.Satu lagi kaedah pembuktian di Mahkamah Syariah melalui al-Yamin, contohnya yamin al-istizhar, tiada diperuntukkan sumpah laknat bagi kes satu pihak mendakwa satu pihak lain melakukan jenayah, dan satu pihak menafikan seperti dilakukan Najib Razak.Apakah itu al-Yamin?Menurut Dr.Abdul Karim Zaidan, al-Yamin bermaksud sumpah dikenakan ke atas pihak yang kena dakwa sama ada Islam atau tidak, adil atau fasik, lelaki atau wanita sebagai menafikan dakwaan ke atas mereka.Manakala Abdul Fattah Muhammad Abu Al-Ainain, pengarang Syarah al-Azhar memberi definisi iaitu kata-kata yang khusus ataupun maknanya itu mengandungi sesuatu yang boleh menguatkan apa yang dituturkan oleh orang yang bersumpah itu sama ada ia hendak membuat sesuatu perkara atau meninggalkannya atau mempunyai ciri-ciri sebagaimana yang disumpah atau sebaliknya.Baik saya kira jelas tentang kaedah pembuktian di Mahkamah dalam perundangan Islam.Namun adakah sumpah ini wujud dalam Islam?Jawapannya ya, pernah berlaku peristiwa dalam sejarah Islam, berlaku kejadian sumpah laknat ini.Pada zaman Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan kejadian sumpah ini dengan utusan kaum Nasrani dari delegasi Najran untuk membuktikan suatu kebenaran.Dalil dari Quran juga jelas tentang wujudnya sumpah ini apabila turunnya ayat menceritakan tentang kaum yang meragukan kelahiran Nabi Isa AS.Firman Allah SWT:إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُالْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُنْ مِنَ الْمُمْتَرِينَفَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَإِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ ۚ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُSesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), maka jadilah dia. (Apa yang telah Kami ceritakan itu), itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, kerana itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dustaSesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Ali Imran : 59-61)Maka, ringkasnya di sini sumpah ini pernah berlaku di zaman Nabi SAW , namun ada syarat perlu dipenuhi sebelum boleh dibuat.Pertamanya, kedua pihak sudah habis menggunakan semua jalan lain yang ada, proses perundangan Mahkamah sudah digunakan, baharulah sumpah ini boleh diambil.Keduanya, kedua pihak mesti hadir bersama ahli keluarga masing-masing sebagai saksi, jika salah satu darinya berdusta, laknat Allah diturunkan kepadanya, akan disaksikan ahli keluarganya.Saya harap catatan ringkas ini mudah beri kefahaman kepada kita bersama.Mohd. Fikri Abd. Rahman
24 Dis 2019