Ezam dakwa Mahathir pemimpin paling rasis di Malaysia

Ezam dakwa Mahathir pemimpin paling rasis di Malaysia

Beberapa hari lalu Tun Mahathir mendakwa beberapa pemimpin politik sebagai rasis.

Beliau menyebut secara khusus beberapa nama pemimpin DAP.Sebuah parti dalam koalisis PH.

Hakikatnya Mahathir adalah ahli politik paling rasis.Dalam sejarah 22 tahun menjadi PM beliau bertahan dengan menggunakan taktik perkauman sempit setiap kali kedudukannya sebagai PM terancam.

Dalam tempoh 22 bulan sebagai PM pun beliau memainkan taktik perkauman apabila terdesak.Kongres Maruah Melayu pada Okt 2019 adalah jelas beliau dalangnya.

Malah Kongres itu adalah pengkhianatan Mahathir yang nyata kepada kerajaan reformasi yang dipimpinnya sendiri kerana asas reformasi adalah merubah paksi politik daripada isu perkauman kepada isu integriti dan good governance.

Makanya GERAK98 mempertegaskan sekali lagi bahawa Mahathir adalah pemimpin politik paling rasis dan membawa nilai2 yang bercanggah dari prinsip dan nilai reformasi.

MOHAMAD EZAM MOHD NOR

Sumber: