Exco Pemuda Umno beri bayangan bakal berlaku perubahan lanskap politik dalam 14 hari

Exco Pemuda Umno beri bayangan bakal berlaku perubahan lanskap politik dalam 14 hari

Apa pun dalam masa 14 hari ini akan ada perkara penting yang berlaku yang mana sekali lagi akan mengubah landskap politik negara. Suka atau tidak suka memang itulah permainan politik yang menjadikan kita akar umbi terpalit dengan apa yang berlaku.

Rakyat pastinya berang dengan pementasan politik yang bakal berlaku. Namun Rakyat lah juga yang menjadi taruhan kita menyelamatkan negara ini jatuh ke tangan yang salah.

Bukan semua rakyat faham apa itu politik tetapi setidak tidak nya selepas PRU14 Rakyat sudah melihat bagaimana tangan yang salah pangkah hampir menghancurkan negara ini.

Nasihat Aku, biarkan ianya berlaku dan berbangga lah bahawa kita merupakan sebahagian sejarah yang tercipta.

Suka atau tidak ianya tetap akan berlaku. Kemaruk Gila kuasa nak jadi Perdana Menteri tak dapat dibendung lagi.

Sumber :