Exco Kesihatan Kedah didapati positif Covid-19

Exco Kesihatan Kedah didapati positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada menjalankan misi bantuan dan kemanusiaan di kawasan terjejas fenomena aliran puing di Gunung Jerai, Yan dekat sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Hayati, beliau hadir ke Yan pada Sabtu lalu bagi menjalankan misi bantuan selain membantu membersihkan rumah penduduk terjejas.

Exco Kesihatan Kedah didapati positif Covid-19

Katanya, ketika itu segala prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi termasuk makan secara berasingan dan mengamalkan pemakaian pelitup muka sepanjang masa.

“Tetapi pada hari Ahad saya mula batuk diikuti demam pada Isnin. Apabila diperiksa, saya disahkan positif Covid-19 bersama isteri.

“Namun Alhamdulillah kami sudah melengkapkan dua dos vaksin dan sekadar bergejala ringan iaitu hanya berada di kategori dua Covid-19. Tak pastilah sama ada saya dijangkiti di Yan atau di tempat-tempat lain sebelum itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, keadaannya kini semakin baik dengan tahap oksigen antara 96 dan 97 peratus.

“Jujurnya, saya tak pasti di mana saya dijangkiti. Semasa pergi ke Yan tempoh hari, memang ada orang yang datang dari luar bersama saya tetapi mereka juga nampak sihat dan ceria tanpa ada sebarang tanda penyakit.

“Disebabkan itu, saya amat mengharapkan semua pihak terutamanya mereka yang menjalankan misi bantuan di kawasan terjejas supaya tidak sekali-kali mengabaikan SOP,” katanya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/26/exco-kesihatan-kedah-positif-covid-19/

BACA JUGA : Terkini !!! Kes harian Covid-19 melonjak ke 24,599 kes