EU lulus guna vaksin Moderna untuk 12 tahun keatas

EU lulus guna vaksin Moderna untuk 12 tahun keatas

EU lulus guna vaksin Moderna untuk 12 tahun keatas. Badan Pengawas Ubat-Ubatan Kesatuan Eropah (EU) meluluskan kegunaan vaksin COVID-19 Moderna, untuk kanak-kanak berusia di antara 12 hingga 17 tahun, menjadi suntikan kedua yang diluluskan kepada remaja di benua itu.

“Penggunaan vaksin Spikevax dalam kalangan kanak-kanak berusia antara 12 dan 17 tahun akan sama seperti individu yang berusia 18 tahun dan ke atas,” kata Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA), menggunakan nama jenama vaksin.

Vaksin terbabit akan diberikan dalam dua suntikan, masing-masing mempunyai sela masa empat minggu.

Keputusan oleh agensi yang berpangkalan di Amsterdam itu mengikut kelulusan vaksin pertama untuk kanak-kanak Eropah, oleh Pfizer/BioNTech pada Mei.

Menurut EMA, kesan suntikan vaksin itu sudah dikaji ke atas 3,732 kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun.

Moderna

“Kajian menunjukkan Spikevax menghasilkan tindak balas antibodi yang setara pada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun, sama golongan muda berusia 18 hingga 25 tahun,” katanya.

Suntikan vaksin Moderna jab menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA, yang sama dengan Pfizer / BioNTech, iaitu menggunakan bahan genetik supaya dapat dicam oleh tubuh individu untuk penghasilan lonjakan protein.

mRNA melatih tindak balas imun tanpa mendedahkan badan kepada jangkitan sebenar.

Katanya, terdapat kesan sampingan yang biasa pada kanak-kanak yang sama seperti golongan dewasa.

Ini termasuk rasa sakit dan bengkak pada tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot dan sendi, kelenjar limfa membesar, menggigil, mual, muntah dan demam.

“Kesan ini biasanya ringan atau sederhana dan bertambah baik dalam beberapa hari selepas divaksinasi.

“Bagaimanapun susulan jumlah kanak-kanak dan remaja yang terbatas dalam kajian ini, percubaan itu tidak dapat mengesan kesan sampingan yang baharu,” katanya.

Katanya, ia tidak dapat mengukur risiko kesan sampingan yang diketahui seperti miokarditis (radang otot jantung) dan perikarditis (keradangan membran di sekitar jantung).

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/07/842595/eu-lulus-vaksin-kanak-kanak-12-tahun-ke-atas

 jika Terlepas: Panas !!! Warga emas dakwa ditampar Penghulu Pas