Enggan divaksin, guru KAFA bakal berdepan tindakan – Menteri Agama

Enggan divaksin, guru KAFA bakal berdepan tindakan.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mempertimbangkan akan mengguna pakai kaedah Kementerian Pendidikan  berhubung larangan mengajar secara bersemuka bagi guru yang belum menerima suntikan vaksin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, perkara itu akan dibincangkan secara terperinci oleh Bahagian Pendidikan Jakim berhubung perkara tersebut melibatkan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Guru adalah orang paling dekat dengan anak murid jadi saya nasihatkan agar semua guru KAFA untuk segera mengambil vaksin.

guru

” Setakat ini angka kematian harian menunjukkan ramai yang maut akibat jangkitan Covid-19 berbanding meninggal dunia kerana suntikan vaksin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Matang dekat sini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/05/jakim-pertimbang-tindakan-guru-kafa-enggan-divaksin/

BACA: Ismail dilihat tak serius bentuk kerajaan berwibawa