Enam ditahan susulan penemuan mayat wanita tak berpakaian di kedai makan

Enam ditahan susulan penemuan mayat wanita tak berpakaian di kedai makan.Seramai enam individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia di sebuah premis kedai makan di Bandar Rinching, Semenyih di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mereka yang ditahan merupakan seorang rakyat tempatan, tiga warga Myanmar dan dua warga Pakistan yang semuanya berusia 30 hingga 50 tahun.

“Beberapa barang kes turut dirampas daripada suspek yang ditangkap iaitu telefon bimbit dan dokumen peribadi milik si mati, barang kemas, wang tunai berjumlah RM2,400 dan pakaian milik suspek yang mempunyai kesan darah.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan kelaran objek tajam pada leher, belakang tengkuk dan pipi si mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Enam

Menurut Mohd. Zaid, mangsa dipercayai dibunuh akibat cemburu dan pihak polis kini sedang berusaha mengesan waris si mati memandangkan mayatnya masih belum dituntut.

“Kesemua suspek masih dalam tahanan reman sehingga 5 Oktober ini bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! pada 28 September lalu melaporkan tentang penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia berusia awal 50-an dalam keadaan tidak berbaju dan diselimuti sehelai kain di dalam sebuah premis kedai makan.

Berita Penuh :  https://www.kosmo.com.my/2021/10/01/enam-ditahan-bantu-siasatan-penemuan-mayat/

BACA: Panas !!! SPRM dedah 149 kertas siasatan berprofil tinggi dibuka

COMMENTS

Wordpress (0)