Empat penguatkuasa ditahan kes samun minuman keras

Empat anggota sebuah agensi penguatkuasaan antara enam individu ditahan selepas disyaki terlibat kes samun minuman keras, pada Khamis lepas.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan di sekitar Dengkil dan Shah Alam, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata empat anggota penguat kuasa itu disyaki membantu sindiket terbabit dengan membocorkan maklumat mengenai tempat penyimpanan minuman keras yang dirampas sebelum ini.

Empat penguatkuasa ditahan kes samun minuman keras

Mazlan berkata, tiga suspek lelaki terbabit bertindak menaiki sebuah lori memasuki tempat simpanan barang kes milik pihak berkuasa itu pada kira-kira 2.30 pagi.

Beliau berkata tiga suspek lelaki terbabit bertindak menaiki sebuah lori memasuki tempat simpanan barang kes milik pihak berkuasa itu pada kira-kira 2.30 pagi.

“Suspek telah mengikat pengawal keselamatan sebelum memunggah minuman keras yang berada dalam sebuah lori di tempat simpanan itu ke dalam lori yang dibawa mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini hari ini.

Mazlan berkata proses pemunggahan berkenaan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum suspek membawa keluar barang kes pada 5 pagi.

“Hasil laporan polis yang dibuat pengawal keselamatan itu polis menjalankan siasatan dan mendapati ia melibatkan ‘orang dalam’ agensi penguat kuasa itu. Susulan itu, polis menahan empat anggota penguat kuasa yang disyaki memberikan maklumat kepada sindiket berkenaan,” katanya.

Mazlan berkata hasil pemeriksaan, polis turut menemui dadah jenis pil captagon seberat dua kilogram, 47 biji pil eramin 5 dan 4.9 gram kokain yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM559,899.

Beliau berkata pihaknya juga merampas penimbang elektronik, telefon bimbit dan wang tunai RM111,100 dalam kenderaan penguat kuasa terbabit.

Mazlan berkata hasil soal siasat, polis menahan dua lelaki, masing-masing seorang pemandu dan kelindan lori serta merampas sebuah lori di tepi jalan di Shah Alam.

“Hasil pemeriksaan dalam lori itu, polis menemui 234 kotak minuman keras jenama Brona dipercayai dilarikan dari tempat simpanan barang kes. Kesemua suspek direman enam hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek yang disyaki dalang utama sindiket itu yang masih bebas.

BACA JUGA : Doktor Afrika Selatan dedah pesakit Covid-19 varian Omicron hanya alami simptom ringan, boleh dirawat di rumah
Ini simptom-simptom jika dijangkiti varian Omicron

Artikel ini disiarkan pada 29/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)