Emas langsung tak bergerak

Oleh INFORAKYAT

Emas langsung tak bergerak. Emas didagangkan mendatar pada hari Selasa menjejaki pergerakan yang dipaparkan dalam dagangan US dolar setelah pasaran saham dan bon dibuka semula susulan hujung minggu yang panjang.

Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan berlegar pada sekitar harga $1,810 per auns, tidak banyak berubah daripada dagangan awal minggu.

Pergerakan dolar greenback pula kekal terhad, mencerminkan kewaspadaan pelabur menjelang penerbitan minit mesyuarat FOMC pada Khamis dan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat.

Minit FOMC akan memberikan pandangan terperinci di sebalik pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) baru-baru ini yang telah menaikkan sebanyak 75 mata asas untuk memerangi inflasi.

Data pekerjaan NFP pula akan memberi indikasi mengenai tahap kesihatan ekonomi AS ketika risiko kemelesetan semakin mencengkam.

Emas langsung tak bergerak

Dalam pada itu, hasil bon AS 10 tahun pula lebih kukuh, membataskan dagangan logam kuning emas untuk bergerak tinggi.

Saham global juga kembali menghijau di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik, membuatkan pelabur beralih daripada aset safe-haven.

BACA:

Harga Myvi dah macam emas sekarang, untung pemiliknya..

Baki hanya tinggal RM2, warga emas terperangkap di TBS akhirnya didatangi Ebit Lew

Warga emas hilang 7 hari dalam hutan akhirnya ditemui, ‘tak henti zikir selawat’