Elok jangan cakap lah lebai…

Elok jangan cakap lah lebai…

Menteri Alam sekitar buat lagi. Lain orang cakap lain dia faham

A. Kajian Rijksinstituut voor Volksgezondheid en Milieu (RIVM) atau Institut Nasional Kesihatan Awam dan Alam Sekitar (Belanda) sekali lagi disalah ertikan oleh Menteri alam sekitar Malaysia Tuan Ibrahim Tuan Man.

B. Beliau dipetik oleh akhbar tempatan termasuk Harakahdaily sebagai berkata

“ Kementerian Alam sekitar (KAS) peka dengan perkembangan saintifik terhadap penularan pandemik COVID-19. Sehubungan itu saya ingin memaklumkan bahawa KAS akan mengendalikan kajian terperinci untuk memastikan sama ada bahan genetik virus COVID-19 boleh hidup dan membiak dalam sistem pembetungan awam.
Selain itu, kajian ini juga untuk memastikan sama ada sampel kumbahan dalam sistem pembetungan boleh dijadikan indikator adanya pesakit COVID-19 di sesebuah kawasan. Kerjasama dengan UTM dan TU Delft itu dijangka akan dimulakan minggu depan.” -end quote

C. Percakapan beliau ini boleh dipecahkan kepada berikut

i) Beliau hendak mengarahkan kajian diadakan terhadap system pembetungan awam untuk melihat kewujudan virus tersebut. KOMEN: Dalam system pembentungan semua jenis virus dan bakteria ada. Namun, kalau Tuan Ibrahim baca sendiri artikel yang ditulis oleh RIVM, Tuan Ibrahim tahu apa sebenarnya maksud artikel tersebut. Sebelum kita pergi jauh, mari kita tengok kajian dari institute tersebut. Jadi tak perlu buang masa dan tenaga nak kaji, sebab Netherland (belanda) dah kaji dah:

“ Based on our knowledge of viruses and water, we showed that drinking water is very well protected against all viruses, including the new coronavirus.
Because KWR has been carrying out research for almost ten years into substances in urban sewage water, such as drugs, and coronavirus is also found in stools, our microbiologists suspected that they could also find the coronavirus SARS-CoV-2 from the stools of infected people in sewage water. In the past weeks, our microbiologists conducted several investigations at various sewage treatment plants in the Netherlands.”

Saya translate dalam Bahasa melayu supaya Tuan Ibrahim faham:

“Berdasarkan pengetahuan yang kita ada mengenai virus dan air, kami telah menunjukkan bahawa air yang boleh diminum itu terlindung dari segala jenis virus, termasuk virus baru coronavirus.
Ini kerana KWR (Water Research Institute of Netherland) TELAH melaksanakan kajian selama lebih 10 tahun terhadap bahan-bahan di dalam air pembentung di kawasan bandar… dan coronavirus sememangnya dijumpai di dalam najis, dan mikrobiologis kita berpendapat bahawa mereka juga akan dapat menjumpai coronavirus SARS-VoV-2 dari najis mereka yang terkena jangkitan di dalam air di dalam kawasan pembentung. Di dalam beberapa minggu sebelum ini, mikrobilogis kami telah mengadakan beberapa penyiasatan dipelbagai kawasan pusat rawatan air kumbahan di Belanda”

D. Apa sebenarnya maksud KWR dan RIVM?

1. Kajian yang kononnya di sebut oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai suatu yang patut dikaji itu bukanlah seperti yang dia sangka. Lain di baca (kalau dia baca) lain dia faham.
2. Yang dimaksudkan oleh RIVM dan KWR ialah seperti berikut:

“ When more people are infected in a city, more viruses enter the sewers through the stools. What we want to know now is whether the virus is present in sewage water. NOT because we think that the virus is likely to spread via water, but mainly because we could get an indication of the number of virus infections in the population of a city by monitoring the levels of the virus in sewage water.

Since only COVID-19 patients with severe symptoms are tested in the hospital laboratories, the reported figures underestimate the real number of COVID-19 patients. With regular sewage measurements we could provide additional information on the circulation of viruses in the population. Using this method we might also be able to measure whether the number of virus infections in a city will increase again next winter.” (Article: What we learn about the Corona virus through waste water research 24. Mac. 2020)

TERJEMAHAN:

“ Apabila semakin ramai orang di jangkiti di bandar, banyak virus yang telah masuk ke dalam kawasan pembentungan melalui najis. Apa yang kami hendak tahu sama ada virus tersebut hadir atau tidak di dalam air kumbahan. BUKANNYA KAMI MERASAKAN VIRUS ITU AKAN MEREBAK MELALUI AIR, tetapi sebab kami hendak mendapatkan indicator kepada jumlah yang telah terjangkit dengan virus tersebut di kawasan berpenduduk di dalam satu-satu bandar dengan meneliti level virus di dalam air kumbahan.

Memandangkan hanya pesakit COVID-19 dengan symptom teruk yang diuji di makmal hospital, angka yang dilaporkan adalah rendah berbanding dengan jumlah sebenar pesakit COVID-19. Dengan sukatan yang kerap, kita mungkin dapat menyediakan maklumat tambahan mengenai penularan virus di dalam kawasan tersebut. Menggunakan kaedah ini, kita mungkin dapat juga menilai sama ada jumlah mereka yang dijangkiti akan bertambah lagi pada musim sejuk yang akan datang.”

3. NOTA ISWARDY Ini sangat menarik kerana kita selalu tengok jumlah yang dah sakit, tapi bagaimana dia masih ada virus tapi dia tak teruk dan tak pergi hospital. Contoh kawasan rumah setinggan yang mana ramai pendatang tanpa Izin atau kawasan yang jauh dari hospital

E. Kesimpulannya?

1. Kesimpulannya Tuan Ibrahim, selaku menteri Alam sekitar sekali lagi salah faham dengan scientific journal ini (atau dia patut buang saja sapa yang advice dia tak reti)

2. Kajian di Netherland BUKANNYA kajian sama ada virus boleh hidup dalam pembentungan dan air kumbahan. IA MEMANG BOLEH HIDUP.

3. kajian di sana adalah apa yang kita boleh tengok cara alternative melihat penularan kes dengan melihat kehadiran virus (concentration of virus presence) di dalam pembentungan di satu-satu kawasan dan bagi saya ia suatu idea yang sangat menarik.

4. Ada orang kata, apa kau kisah? Aku kisah sebab ini akan menyebabkan panik di negara kita. Faham ke tak? Oo tak faham..

5. Menteri alam sekitar…..jangan buat orang panic yang bukan-bukan laaaaa…. Face palm lagi…..

Sebarkan agar Menteri Alam sekitar letak jawatan atau dia pecat penasihat dia.. PUNAHSIHAT betul…

Iswardy Morni