Umur masih muda maka banyaklah pasangan bercerai memilih untuk memberi peluang bagi mencari jodoh baru.
Begitu juga buat pelakon dan pengarah Ellie Suriaty yang mengaku sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki muda lebih 10 tahun daripadanya.
Bagaimanapun pelakon berusia 53 tahun itu memilih untuk merahsiakan identiti lelaki yang berusia lewat 30-an itu lapor Kosmo! Online.
“Ada ramai yang ingin berkenalan dengan saya, tetapi mereka itu semua hanya kawan biasa, melainkan dia, kerana dia istimewa pada saya.
“Sekarang kami sedang saling mengenali. Sejujurnya jika ada jodoh saya bersedia untuk bergelar isteri semula, tetapi perkara sebegitu lebih baik serahkan kepada Tuhan yang menentukan.
“Siapa orangnya itu biarlah rahsia. Kami saling mengenali sudah lebih setahun dan dia juga orang dalam industri hiburan,” ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama Ellie berharap statusnya sebagai ibu tunggal tidak dihalang keluarga kekasih yang masih bujang itu.
“Saya kalau boleh tidak mahu bercerita lebih-lebih sebab nanti kalau tidak jadi, malu. Tetapi kalau ada jodoh saya okey saja.
“Usia dia lebih muda daripada saya dan dia juga bujang. Bagi saya, apabila dia boleh menerima anak-anak, itu sudah memadai.
“Saya juga kena pastikan keluarga dia boleh terima saya dengan anak-anak atau tidak. Pengalaman berkahwin sebelum ini membuatkan saya faham tentang hubungan dengan sanak saudara,” katanya.
Dalam pada itu, Ellie memaklumkan kekasihnya mengaku lebih tertarik dengan wanita lebih tua kerana kematangan seseorang.
“Pada usia begini saya tidak sangka akan menemui cinta lagi. Terus terang saya segan untuk naik pelamin lagi.
“Saya ada bertanyakan kepada dia kenapa suka dengan saya, tetapi jawabnya kerana senang bercinta dengan wanita matang. Tetapi pada saya ini bukan satu perkara mudah.
“Orang akan mempersoal mengapa bercinta dengan orang tua. Saya sendiri berasa sukar kerana umur saya 53, bukan 35.
“Saya bukan tidak mempercayai dia, tetapi saya kurang percaya dengan diri sendiri, adakah mampu untuk menjalani semua ini,” ujarnya.
Baca juga: Lagi kes mendapan tanah, jalan Bandar Rawang 2 pula ditutup
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio