Ellie desak kerajaan kenakan lesen setiap pemilik saluran YouTube

Ellie Suriati Omar mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.

Antara lain, kata pengarah dan pelakon itu, akta tersebut perlu dirombak semula demi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air.

Ellie yang juga Presiden Gabung Anak Seni itu berkata, antara penambahbaikan perlu disegerakan ialah mengenakan lesen untuk pemilik salauran YouTube kerana golongan tersebut menjana pendapatan lumayan daripada platform berkenaan.

Ellie ditemui pada sidang media diskusi Gabung Anak Seni di Petaling Jaya semalam.

Berita penuh : https://www.kinitv.com/video/cd0cb176-15ec-4036-a656-e7711c4ccaee?

COMMENTS

Wordpress (0)