Elaun petugas kesihatan perlu dibayar segera….

Elaun petugas kesihatan perlu dibayar segera….Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memerintahkan kementerian belanjawan dan kesihatan menguruskan pembayaran kepada petugas kesihatan yang belum menerima sebarang faedah mengikut masa ditetapkan.

Perintah itu berikutan isu ancaman dari jururawat yang mendesak akan meletakkan jawatan menerusi kesatuan mereka.

“Bayar mereka dan gunakan segala peruntukan yang ada,” tegas Duterte.

Menteri Kesihatan, Franscisco Duque berdepan persoalan mengenai peruntukan berjumlah AS$1 bilion (RM4 bilion) bagi perbelanjaan pengurusan Covid-19 termasuk manfaat petugas kesihatan yang belum dibayar.

Elaun

Hospital melahirkan kebimbangan sekiranya staf perubatan terutamanya jururawat mencapai tahap kritikal ketika varian Delta menular yang menyebabkan kes jangkitan meningkat seperti yang berlaku di negara Asia Tenggara dan global.

Duterte mengeluarkan arahan itu selepas pemimpin kesatuan memberi ancaman akan melakukan mogok, sementara puluhan jururawat akan berhenti kerja disebabkan elaun kerja lebihan masa serta gaji tidak dibayar.

Kesatuan Hospital Swasta Filipina (PHAPi) menganggarkan sebanyak 40 peratus jururawat di hospital swasta meletakkan jawatan dan hospital kerajaan turut berdepan masalah sama.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/08/duterte-arah-elaun-petugas-kesihatan-dibayar-segera/

BACA: Membimbangkan! Majoriti kes BID tak tahu dirinya dijangkiti Covid-19