Ebit Lew tiba di Malaysia, sambung misi dalam negara

Ebit Lew tiba di Malaysia, sambung misi dalam negara

Pendakwah terkenal, Ebit Lew selamat tiba di Malaysia selepas selesai menjalankan misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang selalu mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dan kumpulannya sepanjang menjalankan misi tersebut.

“Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

“Terima kasih semua yang selalu mendoakan ya. ALLAH sahaja yang membalasnya.

“Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Ebit berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Dalam kenyataan yang sama Ebit menjelaskan, beliau bersama kumpulannya kini menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147769/BERITA/Nasional/Ebit-Lew-selamat-tiba-di-Malaysia

BACA JUGA : Sudah tiba masanya kluster menteri dalam Umno masuk Bersatu