Ebit Lew jamu gelandangan KL berbuka puasa

Ebit Lew jamu gelandangan KL berbuka puasa

Sejuk sayu malam 25 Ramadhan di jalanan. Hari ni jamu gelandangan kl buka puasa. Ramai sangat beratur. Semua tenang menanti. Ramai juga minta dalam bungkus untuk sahur. Boleh ke ustaz. Boleh abang.

Kakak tidur mana?tepi kedai ni ke? Tidak ustaz. Saya tidur bawah jambatan sana. Mandi dekat mana. Mandi dekat tandas awam je. Ok ke kakak. Takper ustaz saya dah biasa. Dah tu kerja apa. Saya kerja kutip-kutip tin jer ustaz.

Mana akak tahu saya sampai. Tadi semua orang jerit-jerit nampak kereta putih ustaz. Diaorang kata nasi sedap panas-panas dah sampai.

Saya beri sedikit duit belanja pada beberapa orang tadi. Eh ustaz kenapa bagi duit. Makan dah bagi cukuplah. Takper akak ni semua Allah bagi dia sayang akak. Terima kasih ustaz.

Ustaz buka dimana dah azan ni. Takper sambil bagi makanan sekejap lagi saya makan. Eh,ustaz buka disini jer. Kotor ni ustaz. Mana ada kotor akak. Akak tidur, makan,semua dekat sini. Kita sama jer kak..

Terasa sebak bila makan bersama mereka. Terasa betapa besar nikmat Allah beri dalam hidup kita. Kita tak diuji macam mereka.

Sumber :