‘Durian RM30’ : Pemilik nombor telefon masih gagal dikesan

‘Durian RM30’ : Pemilik nombor telefon masih gagal dikesan. Identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej berhubung tawaran ‘Durian RM30’ kepada ahli Parlimen pembangkang masih belum dikenal pasti.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan bagaimanapun memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan berhubung dakwaan beberapa ahli Parlimen DAP ditawarkan wang dan jawatan oleh sesetengah pihak supaya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

SPRM berkata, pihaknya memandang serius tohmahan tersebut dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu itu.

Pemilik nombor

Minggu lalu, dua ahli Parlimen pembangkang iaitu Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) dan Dr Kelvin Yii (Kuching) mendedahkan pihaknya mendapat tawaran tersebut menerusi aplikasi WhatsApp.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Kelvin berkata, nilai ahli Parlimen dikira pada harga durian.

Tawaran kerajaan PN itu adalah untuk mengisi jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli serta Menteri Pengajian Tinggi, masing-masing ditinggalkan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Noraini Ahmad daripada UMNO.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/154594/BERITA/Semasa/Pemilik-nombor-telefon-tawar-Durian-RM30-belum-dikenal-pasti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

BACA: ‘Durian RM30’ : SPRM panggil Kula dan Jeremy