Dulu doakan kehancuran China, sekarang duk tunggu bantuan China

Dulu doakan kehancuran China, sekarang duk tunggu bantuan China

Dulu, roti GARDENIA dan Massimo melambak dalam pasaran, sibuk nak boikot pasal isu bangsa pemilik dia. Sekarang dok sibuk nak berebut beli buat stok kat umah

Ari tu sibuk dok bertekak pasal isu Khat, sampai ada yg ugut, x nak hantar anak ke sekolah. Skrg, semua sekolah tutup terus. Duduk lah rumah ajar anak masing2

Hari tu, sibuk ada kempen itu dan ini, beli barang keluaran sendiri je. Sekarang, barang kat pasaraya, habis diborong, tak tengok pun keluaran siapa.

Hari tu sibuk nak doakan kehancuran kerajaan CHINA dek isu Uighur. Sekarang dok harap ehsan dia hantar topeng muka dan pencuci tangan.

Hari tu sibuk dok bangga dan war war kan senarai jutawan dan bilionaire ikut bangsa masing2. Hari nie, yang menolong dan menyelamatkan kita adalah yang pangkat dan gaji rendah seperti pembantu perubatan, jururawat, pengutip sampah, rider grab dan panda, pesawah, nelayan.

Hari tu sibuk dok pertikaikan polis kuat rasuah,tentera gaji buta. Hari nie, dia orang lah yang bergadai nyawa nak jaga keselamatan kita dibarisan hadapan.

COVID19 bukan hanya virus pemusnah tapi boleh dikatakan virus yang membawa kesedaran.

Sumber :