“Dulu saya ingat NGO ni non-profit, rupanya lubuk buat duit”, dedah peguam

“Dulu saya ingat NGO ni non-profit, rupanya lubuk buat duit”, dedah peguam

“Dulu saya ingat NGO ni non-profit, rupanya lubuk buat duit”.Pengalaman dengan NGO kutip duit.

Sekurang2nya saya ada pengalaman dengan 2 NGO jenis kutip duit. Pertama NGO yang gunakan kanak2 untuk mengutip duit derma dari orang ramai, kedua NGO yang minta duit untuk kononnya membantu peminjam bank.

Pertama, NGO kutip derma gunakan kanak2, penjaga kanak2 yang mengutip derma telah ditangkap polis, mereka menghubungi saya untuk membela.

Saya hadir beberapa kali ke mahkamah di Kuala Kubu Baharu. Akhir sekali saya menasihati mereka bahawa tindakan mereka ini salah disisi undang2, hasilnya saya dipecat dan digantikan dengan peguam lain. Saya tak kisah.

Kedua, NGO 3 orang sahaja yang kononnya melindungi hak peminjam bank. Rumah nak kena lelong, NGO ini minta rm30,000 untuk halang lelong.

NGO

Mereka jumpa saya untuk failkan permohonan injunksi, permohonan berjaya diperolehi, semua kerja last minute, nak lelong minggu ni, minggu ni baru nak berjumpa dan bg arahan, sedangkan duit dan saman dah serah lama kepada NGO ini. Fees saya rm30,000.

Hanya dapat rm5,000, baki kena minta kat peminjam yang rumah nak kena lelong. Baki rm25,000 dpt kat NGO 3 orang. Saya menarik diri, peguam lain ambil alih. Kesian peminjam, ingatkan rm30,000 boleh selamatkan rumah, tetapi duit itu hanya untuk kos pengurusan NGO.

Dahulu saya ingatkan NGO ini non profit organization, rupanya lubuk orang buat duit, tambah2 yang buka akaun bank untuk menerima derma orang ramai. Kutipan mereka bukan ribu2, ada yang juta2 saya tengok. Satu akaun NGO saya ada transaksi, berjuta2, satu lagi kutipan derma yang diaudit oleh auditor, juga berjuta2.

Sumber:

jika terlepas: Umno akan menang besar PRU15 jika kerjasama dengan PN – Shahidan