Dulu guna syurga, kini guna malaikat pula dalam kempen PN

Tindakan mengaitkan malaikat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka oleh seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) dianggap keterlaluan dan terdesak.

Menurut laporan Utusan, Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata gabungan parti itu seperti kehilangan arah tuju apabila mendakwa kononnya malaikat tidak marah sekiranya rakyat mengundi PN.

Dulu guna syurga, kini guna malaikat pula dalam kempen PN

Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri

“Dahulu kala, undi satu parti masuk syurga. Dahulu kala juga ada parti mendakwa malaikat bersama mereka menewaskan musuh.

“Di PRN Melaka pula nama malaikat juga mula dijaja lagi Malang sekali, malaikat yang suci dijaja namanya bagi meraih undi. Nama malaikat diiklan bagi mempengaruhi minda, agama kembali jadi bahan dagangan.

“Malaikat yang ‘tidak berpolitik’ menjadi mangsa kerakusan lidah tidak bertulang. Mungkin ini ‘nasihat’ strategi dari rakan strategik PN, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pemimpin dan parti berkenaan perlu mencari strategi lebih bijak daripada mengaitkan malaikat dalam kempen mereka.

BACA JUGA : Malaysia bakal hadapi gelombang baharu Covid-19 dua minggu lagi
Pakar cadang haramkan motosikal kapcai

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Dulu guna syurga, kini guna malaikat pula dalam kempen PN […]