“Dulu beli harga RM48 je, sekarang cincin ini bernilai RM3.75 Juta”. Pada tahun 1980 dahulu, seorang wanita telah membeli cincin murah berharga 10 euro (RM48) semasa datang ke jualan garage.
Cincin itu jarang ditanggalkan dan sentiasa dipakainya dalam melakukan kerja seharian dan selepas lebih kurang 37 tahun kemudian iaitu pada awal tahun 2017.
Wanita ini tergerak hati untuk memeriksa nilai cincin tersebut dalam pasaran semasa.
[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]
Apatah lagi, dia menyedari bentuk cincin yang dipakainya itu agak unik dan luar biasa dan berkemungkinan bernilai lebih tinggi daripada harga dia membelinya dahulu.
Alangkah terkejutnya wanita ini apabila mengetahui cincin yang dibelinya dengan harga cuma RM48 itu adalah berlian 26 karat sebenar dan dikenali sebagai ‘The Tenner Diamond’.
Video:
Cincin itu juga telah disahkan oleh pakar sebagai cincin tulen atau asli dan ia merupakan berlian 26.27 karat. Selain itu cincin itu juga dikatakan telah dibuat pada abad ke-19.
Gembira dan terkejut dengan nilai sebenar cincin yang dimilikinya, wanita ini pun membuat keputusan nekad untuk menjualnya.
Cincin itu telah dibawa ke London dan selepas melalui satu proses bidaan yang sengit, cincin itu akhirnya terjual dengan harga 656,750 pound sterling atau lebih kurang RM 3,750,795.
Seorang pakar industri percaya bahawa cincin itu dulunya pernah dimilik oleh keluarga diraja.
Tonton:
Baca:
Nelayan terkejut jumpa ipad dan macbook dalam kotak terapung di laut
Tak ada rezeki, duit ratusan ringgit dalam tabung habis dimakan anai-anai
Hadiah Lamborghini kepada suami, rupanya ada hajat yang si isteri mahu..
[/bg_collapse]