Dua tahun cuba mengelak, akhirnya Afdlin Shauki pohon doakan kesihatan dirinya

Dua tahun cuba mengelak, akhirnya Afdlin Shauki pohon doakan kesihatan dirinya. Dato Afdlin Shauki Aksan dikenali sebagai Chief Kodok dan juga Sedey Malas oleh peminatnya ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, pelawak dan pelakon lelaki Malaysia.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di bawah Roslan Aziz Productions dan berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik sebanyak 5 kali.

Afdlin telah bekerja sebagai seorang pelakon, pengarah dan penyampai TV. Beliau menerima anugerah untuk Penyampai Terbaik dalam Program Hiburan di Anugerah Televisyen Asia 1999 kerana peranannya sebagai pengacara rancangan bual bicara lewat malam Bila Larut Malam di Astro Ria.

Selepas dua tahun bertahan dan mengelak daripada terkena jangkitan Covid-19, pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki terpaksa akur selepas disahkan positif virus tersebut.

Khabar duka tersebut dikongsinya menerusi hantaran terbaru dalam Instagram sebentar tadi berserta paparan skrin statvs MySejhtera terkini.

“Maaf semua dah dua hari kena dan simptom makin menjadi cuma tiada sesak nafas lagi setakat ini.

“Maaf kalau tak dapat jawab panggilan atau balas mesej. Aku rasa Allah SWT mahu aku rehat sementara.

“Enam orang dari pasukan aku kena selepas dua tahun lebih bertahan dari terkena Covid-19. Harap maaf atas kes.ulitan, tapi sekarang tiba masa untuk aku jaga diri aku,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan agar pelakon filem Papadom itu bertabah dan segera sembuh seperti sedia kala.

Dua tahun cuba mengelak, akhirnya Afdlin Shauki pohon doakan kesihatan dirinya

“Cepat sihat semoga dipermudahkan segalanya untuk abang.

“Tiba masa untuk abang rehat, penat sangat kerja. Tuhan mahu abang rehat dulu sekejap. Semoga semua dipermudahkan,” tulis netizen.

Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Aishah, Iman Suhana, Intan Ladyana, Nabila Razali, Aprena Manrose dan Ariff Bahran turut disahkan p0sitif Covid-19.

BACA JUGA :

Gajah ceroboh kem tentera di Perak

Pengurus Kanan di KWSP meninggal dunia ketika sujud solat Dhuha

Kerajaan menarik semula kewajipan sijil vaksinasi

TONTON JUGA :

CATEGORIES