Dsv kena maki ‘live’ di TV, sekali ini yang jadi..

Dsv kena maki ‘live’ di TV, sekali ini yang jadi..Program nyanyian Big Stage 2022 melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan finalis dari Sabah, Elica Paujin merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Namun selain persembahan hebat, segelintir penonton juga dikatakan berpuas hati apabila melihat usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) dimarahi dan ‘dihamun’ oleh pelakon drama Kak Rock atau Kiah Propa.

Kemunculan Kak Rock di atas pentas dengan membawa senduk disifatkan mewakili suara segelintir penonton yang tidak berpuas hati dengan tugas dipikul usahawan berusia 50 tahun itu sebagai presiden netizen selama ini.

“Kau dengar sini Vida, aku benci dengan kau tahu tak? Aku suruh baca Twitter, yang kau pergi komen artis buat apa. Kau ni memang over, mulut kau tak reti diam.


“Kau cakap, kenapa mulut kau bising? Kau ingat kau bagus sangat ke ha? Kau sempurna? Ni semua manusia la. Aku tak hairan dengan kau. Aku rembat kepala kau nanti,” katanya.


Walaupun kemunculan Kak Rock hanya sekadar gimik bagi mempromosikan drama terbaharu, tetapi rata-rata netizen di laman Twitter ‘bersetuju’ dengan tindakan pelakon tersebut.

TONTON :


BACA:

Ini cara mohon bina rumah atas tanah sendiri untuk tahun 2022

Petua telur rebus cantik dan berkilat, hanya guna 2 bahan sahaja

Tiada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu enggan ambil dos penggalak – KJ

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)