‘Drift’ dan bergaduh dalam kawasan PPV, 2 ditahan Polis

‘Drift’ dan bergaduh dalam kawasan PPV, 2 ditahan Polis

‘Drift’ dan bergaduh dalam kawasan PPV, 2 ditahan Polis.Dua lelaki yang mencetuskan pergaduhan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuala Ketil dekat sini, semalam, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izmi Ibrahim, di Mahkamah Majistret Baling bagi membolehkan polis melakukan siasatan terhadap suspek berusia 19 dan 27 tahun itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya 1958.

Pada kejadian jam 11.45 pagi semalam, Proton Saga dipandu suspek membuat aksi ‘drift’ di kawasan parkir PPV itu sehingga mengganggu dan mendatangkan bahaya kepada orang awam yang hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Drift

Berikutan itu, berlaku pergelutan antara kedua-dua suspek dengan orang awam sehingga mencetuskan kekecohan di kawasan berkenaan.

Seorang daripada suspek mengeluarkan kayu golf dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling kemudiannya menahan suspek berusia 19 tahun jam 12.30 tengah hari sebelum menahan suspek kedua berusia 27 tahun di sebuah rumah di Ladang Kupang untuk membantu siasatan.

Susulan penahanan kedua-dua suspek, polis merampas kayu golf dan Proton Saga itu.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/752426/aksi-drift-dan-gaduh-di-ppv-2-lelaki-direman

BACA: Kes harian Covid-19 : Sarawak terus kedudukan teratas diikuti Selangor