Dr Noor Hisham malas nak ulas tuduhan pemimpin Pas KKM lalai, serah polis siasat

Dr Noor Hisham malas nak ulas tuduhan pemimpin Pas KKM lalai, serah polis siasat

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah enggan mengulas berhubung dakwaan Kementerian Kesihatan (KKM) “lalai” dalam isu pelanggaran perintah kuarantin oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali.

Noor Hisham berkata, isu itu kini dalam siasatan polis dan sebarang komen mungkin akan menjejaskan siasatan.

“Seperti saya beritahu sebelum ini, kes itu dalam siasatan polis. Jadi lebih baik jika kita rujuk polis.

“Sebab jika kita komen (tentangnya), ia mungkin menjejaskan siasatan,” katanya lagi.

Dia menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin bahawa berlaku kelalaian di pihak KKM sehingga menyebabkan Khairuddin dikritik akibat perkara itu.

Katanya, Khairuddin tidak patut dipersalahkan kerana tidak memakai gelang merah jambu – yang diwajibkan kepada mereka yang pulang dari luar negara dan menjalani kuarantin – selepas kembali dari Turki bulan lalu.

“Kementerian Kesihatan ada kelalailanlah, bukan ada apa, kelalaian, begitu jugak Kementerian Luar, menyebabkan dia diserang,” katanya ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama PAS Perak, seperti dipetik The Malaysian Insight.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/540933

COMMENTS