Dr Mujahid pastikan peruntukan RM300 ribu bakul makanan diagih sebaik mungkin

Dr Mujahid pastikan peruntukan RM300 ribu bakul makanan diagih sebaik mungkin

Dr Mujahid pastikan peruntukan RM300 ribu bakul makanan diagih sebaik mungkin.Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa akan memastikan peruntukan RM 300 ribu bakul makanan akan diagihkan sebaik mungkin.

Dr Mujahid berkata seramai 3000 penerima akan dihulurkan bantuan bakul makanan di dalam Parlimen Parit Buntar.

“ Bantuan akan diagihkan melalui wakil Pusat Khidmat di hampir 100 buah kampung dan taman serta melalui maklumat wakil-wakil dari NGO dan individu” katanya

Dr Mujahid

Dr Mujahid dalam kenyataannya hari ini menjelaskan juga bahawa ,sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama hingga kini, sebanyak 4000 bakul makanan telah pun diagihkan dari dana yang diusahakan sendiri oleh Pusat Khidmat dengan bantuan NGO dan penderma.

“ Sehubungan dengan itu peruntukan bantuan bakul makanan terkini akan membantu lebih ramai penduduk di Parit Buntar yang terjejas akibat pandemik

“Pusat Khidmat Rakyat kami akan dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan bagi memudahkan pengagihan bantuan berjalan lancar dan sampai ke sasaran” katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak

Tambahnya, program bantuan bakul makanan ini akan dilaksanakan secepat mungkin setelah menerima peruntukan melalui program Bantuan Bakul Makanan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH

Sumber:

Jika Anda Terlepas: Orang muda perlu elak aktiviti berat 7 hari lepas vaksin