Dr Kamil dapati Amanah parti yang baik untuk dakwah, sertai untuk kritik dari dalam

Dr Kamil dapati Amanah parti yang baik untuk dakwah, sertai untuk kritik dari dalam

Semalam dalam perbualan selama hampir dua jam secara santai bersama Dr Mohamad Kamil di rumahnya banyak input dan nasihat buat diri dan mengenali watak beliau.

Pertama sekali kami ucapkan terima kasih kepada Dr Kamil kerana sudi menemui kami dari Inspire.

Kami banyak berbincang tentang sejarah Inspire bermula dari pengasas tarbiah kampus hinggalah wujudnya Inspire yang di daftar pada tahun 2018.
Kemudian kami melihat sejarah Dr Kamil dari zaman mengenali arwah Tok Guru Nik Aziz di sekolah sebagai pelajar TGNA hinggalah pandangan kritis Ustaz Kamil terhadap masyarakat.

Kami juga bertanyakan tentang kenapa masuk Amanah bukan PAS?

Dengan penuh keinsafan dan rendah diri serta bertawakal kepada Allah Ustaz Kamil memberi beberapa sebab utama:

Setelah membaca Pelembagaan Amanah, ustaz Kamil dapat melihat keindahan dan potensi Amanah menjadi salah satu wadah politik yang membangunkan ummah.

Kemasukan ke dalam Amanah bukan untuk mendapat pangkat dan jawatan sebaliknya lebih kepada menjadi pengkritik dalaman kepada Amanah agar tidak lari dari Quran dan sunnah. Cabaran ini adalah paling utama, kerana Amanah adalah sebuah parti politik islam dan wajar para alim ulamak serta para asatizah terus menjadi penimbang tara dalam memandu arah Amanah. Lebih dari itu, ustaz Kamil dengan jelas menegaskan beliau akan terus mengkritik amanah terutama berkaitan soal Islam.

Ust Kamil juga menyatakan bahawa di usia senja ini kemasukan ke dalam Amanah bagi memenuhi profile jihad beliau. Beliau sudah menjadi guru, pendakwah, penceramah agama, satu lagi profile dan tugasan yang belum beliau sertai adalah politik.

Seolah membunuh diri bila masuk Amanah kerana Amanah ini parti yang bertentangan dengan Pas sedangkan beliau seorang Agamawan usuluddin yang arif dalam bidangnya. Pasti akan dikritik hebat oleh kawan dan sahabat dari Pas. Beliau menegaskan bahawa itulah jihad untuk mengubah dogma bahawa keluar pas itu bermakna keluar islam.

Parti politik itu hanya wadah, dan kitalah yang membawa kemana hala tuju parti itu.

Lebih tegas, beliau mengingatkan kami bahawa Amanah mesti bercakap tegas dengan DAP terutamanya DAP yang terlalu ultra kecinaan.
Beliau juga menegaskan untuk sentiasa hormati mufti dan ulama kerana bersin mufti itu berbisa.

Lagi penting peringatan dan cerita sejarah berkaitan raja agar tidak bertentangan dengan raja raja Melayu.

Sumber :