Dos ketiga vaksin tidak membantu kawal varian delta

Dos ketiga vaksin tidak membantu kawal varian delta.Pemberian dos penggalak (booster dose) kepada mereka yang lengkap divaksinkan tidak akan membantu mengawal penularan varian Delta.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun, penularan varian Delta dapat dikawal dengan memberi vaksin kepada mereka yang belum divaksin.

“Kita mesti meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.

“Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dos

Terdahulu media melaporkan kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta mendapati bahawa ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin.

Keadaan itu disifatkan sama seperti individu yang belum divaksin.

Dr Noor Hisham dipetik berkata, kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksin seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang ‘tumbuh’ itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksin. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/747133/dos-penggalak-tidak-bantu-kawal-varian-delta

BACA: Sinovac, Sinopharm diluluskan penggunaannya oleh Arab Saudi