Dos ketiga : KKM belum putuskan jenis vaksin Covid-19

Dos ketiga : KKM belum putuskan jenis vaksin Covid-19.Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan jenis vaksin Covid-19 yang bakal digunakan sebagai dos ketiga atau dos penggalak selepas mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah meminta semua pengeluar vaksin untuk mengemukakan maklumat berkaitan dos penggalak tersebut.

“Buat masa ini kita sedang mendapatkan maklumat daripada pengeluar vaksin berkaitan dos ketiga ini yang perlu mendapat kebenaran daripada NPRA.

“Ini kerana NPRA (pada masa ini) hanya beri kebenaran sebagai contoh vaksin jenis Pfizer dua dos, AstraZeneca dua dos dan Sinovac dua dos,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) negeri Kedah di sini hari ini.

KKM

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan yang bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Kata beliau, keputusan jenis vaksin itu dijangka diperoleh dalam masa kira-kira dua minggu dan pengumuman jenis vaksin bagi dos penggalak akan diumumkan selepas mendapat kelulusan NPRA sebelum pemberian dijangka dilaksanakan pada awal bulan depan.

“Kita akan umumkan jenis apa (vaksin) dan sama ada boleh campur atau tidak serta perlu ambil jenis vaksin yang sama atau tidak,” jelasnya.

Menurutnya, golongan rentan atau berisiko tinggi akan diberi keutamaan antaranya warga emas dengan masalah kesihatan kronik, petugas barisan hadapan yang mempunyai penyakit atau berisiko tinggi.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/19/jenis-dos-ketiga-vaksin-covid-19-sedang-dikenal-pasti/

BACA: Jual isteri sendiri setelah kalah berjudi online

COMMENTS

Wordpress (0)